SEMALU CHANNEL

 Semalu Channel adalah sebahagian daripada platfom penyampaian sekolah kepada segenap lapisan masyarakat di mana sahaja berada melalui Aplikasi Youtube. 

Semua maklumat yang disediakan adalah dalam bentuk paparan video rakaman juga live stream.

SEMALU adalah merujuk kepada FELDA PUTERI MALU JENGKA 13 yang mana pokok Puteri Malu lebih dikenali sebagai pokok Semalu dalam sebutan harian.

SEMALU menyatakan akronim yang memberi titipan makna SEIRING MELANGKAH UNGGUL. 

Dengan kata lain, SK FELDA Jengka 13 tidak akan bersendirian mengejar citi-cita negara tetapi akan sentiasa seiringan dengan hasrat yang murni dan terus melangkah dengan gah dan bergaya sehingga mencapai keunggulan dan pastinya hendaklah berterusan tanpa rasa jemu, letih dan bergembira dengan apa yang ada.


Siaran pertama telah bermula pada 16 September 2021, menerusi rakaman Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2021 yang berlangsung pada 15 September 2021 melalui rakaman aplikasi Google Meet. Kemudian diikuti rakaman kedua untuk majlis Pfofessional Learning Community Pentaksiran Bilik Darjah yang disertai oleh Encik Ahmad Rusydi Danial Cheng SISC+ PPD Maran yang telah diadakan pada 2 September 2021 yang lalu..

InsyaAllah, kita akan terus bersama dengan hantaran-hantaran lain dengan membawa SK FELDA Jengka 13 ke persada dunia maya.

https://youtube.com/@semaluchannel1880?si=avupVDZrJpsFgG3J

Sila klik link di atas untuk ke Semalu Channel di Youtube

No comments:

Post a Comment