Wednesday, January 30, 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

30 JANUARI 2019 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK LKTP Jengka 13 telah berjaya melaksanakan Mesyaurat Agung PIBG Kali Ke-43.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengurus FELDA Jengka 13, Encik Saiful Rizan bin Abdul Lahak.



Mesyuarat kali ini turut dihadiri wakil kerajaan yang melengkapkan program ini dengan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan.


Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang lalu dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru dengan Yang Dipertua PIBG ialah Encik Mohd Halimi bin Abdul Hamid, dibantu oleh Naib Yang Dipertua PIBG Puan Zawati binti Ismail

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, January 29, 2019

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

28 JANUARI 2019 - Badan Pengawas SK LKTP Jengka 13 telah melaksanakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Program ini telah bermula sejak awal pagi dengan Pertandingan Mewarna bagi murid Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster bertema 'Benteras Jenayah' bagi murid Tahap 2.




Selepas rehat, satu ceramah oleh Pegawai Polis, Balai Polis Jengka telah disampaikan.

Tahniah kepada yang telah dilantik, selamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi kesejahteraan, kecemerlangan serta kegemilangan SK LKTP Jengka 13.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, January 22, 2019

BIMBINGAN MESRA SIP+ DAN SISC+ PPD MARAN

22 JANUARI 2019 - SK LKTP Jengka 13 telah dikunjungi oleh seorang pegawai SIP+ dan 3 orang pegawai SISC+ dari PPD Maran menerusi Program Bimbingan Mesra.

Kunjungan ini telah memberi impak kepada kepimpinan sekolah dan para guru. Pertemuan khas dengan pentadbir telah dikendalikan Haji Mohd Rodzik Haji Abdul Razak, manakala ketua-ketua panitia telah dibimbing oleh 3 orang pegawai SISC+ iaitu Encik Mohd Asri Salleh, Encik Hanafi Mohamed dan Puan Wee Poo Chin.





Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 memanfaatkan kehadiran para pegawai berkenaan dengan mengisi beberapa slot program yang dirancang.

Terima kasih di atas bimbingan yang sangat bermakna.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Sunday, January 20, 2019

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI 2019

18 JANUARI 2019 - Tahun 1 yang memulakan sesi persekolahan 2019 dengan pengisian Program Transisi telah tiba ke penghujung program pada hari ini.





Tahniah kepada Cikgu Latifah selaku guru kelas Tahun 1 yang telah merancang program ini dengan jayanya.

Kepada semua murid Tahun 1, selamat memulakan sesi persekolahan dengan bermulanya sukatan pelajaran  dengan berpandukan DSKP Tahun 1 bermula 21 Januari 2019 ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti program ini.
 

Wednesday, January 2, 2019

PERTAMA YANG TERARAH

2 JANUARI 2019 - Hari Pertama sesi persekolahan 2019 telah terarah dengan kepadatan aktiviti.

Awal-awal pagi lagi guru telah hadir menyambut kedatangan murid yang bersemangat dan berjiwa besar untuk ke sekolah. Program Guru Penyayang telah menyeri pagi hari dengan senyuman dan kemesraan guru menerima murid-murid dan ibu bapa di perkarangan sekolah. Murid-murid disantuni dan diterima seadanya sebagai satu kesediaan murid untuk terus hadir ke sekolah pada hari-hari berikutnya hinggalah sampai ketika meninggalkan alam persekolahan.


Murid-murid Tahun 1 pula yang hadir dengan serba-serbi baru hadir bersama penjaga masing-masing tidak memperlihatkan kejanggalan dan telah menerima situasi ke sekolah ini sebagai salah satu perkara yang bakal menjadi rutin harian mereka.


Pada pukul 7.45 pagi PdPc berjalan seperti biasa dan terdengar suara guru murid berinteraksi di dalam kelas masing-masing.


Seterusnya ketibaan pegawai pemantau hari pertama persekolahan 2019 Encik Mohd Yusof Omar, daripada PPD Maran. Selain memantau perjalanan sisi persekolahan beliau juga berkesempatan menyampaikan Sijil Kecemerlangan  Bersih Sihat Selamat (BeSS) Pengurusan Kantin Sekolah kepada Puan Pengusaha Kantin SK LKTP Jengka 13.


Tahniah, SK LKTP Jengka 13.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, January 1, 2019

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

1 JANUARI 2019 - Pada sesi persekolahan 2019 ini, wajah ceria Ustazah Che Saerah dan Puan Zuraidah memang tidak akan kelihatan di SK LKTP Jengka 13.

Ustazah Che Saerah yang merupakan guru Bahasa Arab di sekolah ini telah bertukar ke SK LKTP Jengka 19, manakala Puan Zuraidah telah bertukar ke SK Tanjung Perang. Pertukaran mereka adalah atas keperlean perkhidmatan dan telah diganti dengan tiga orang guru perempuan iaitu Ustazah Rosniza yang menggantikan Ustazah Che Saerah, Puan Zurain Fadira  yang menggantikan Encik Mohd Azrai selaku guru Bahasa Inggeris dan Cik Latifah menggantikan Puan Zuraidah sebagai guru Bahasa Melayu.
Ustazah Che Saerah
Puan Zuraidah
Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan selamat bertukar kepada Ustazah Che saerah dan Puan Zuraidah serta Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK LKTP Jengka 13 kepada Puan Rosniza, Puan Zurain dan Cik Latifah.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

1 JANUARI 2019 - Sesi Persekolahan 2019 akan dibuka pada 2 Januari 2019. Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan selamat datang kepada murid-murid yang baru melangkah ke alam persekolahan, selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan staf sokongan yang memperlihatkan semangat dan azam baru di tahun baru ini.

Untuk makluman, Sesi Persekolahan 2019 SK LKTP Jengka 13 akan bermula pada jam 7.30 pagi dengan murid berkumpul di tapak perhimpuan atau dewan. Kemudian pada jam 7.45 pagi sesi pembelajaran (PdPc) mula dijalankan sehingga waktu rehat jam 10.15 pagi hingga 10.40 pagi. Manakala waktu pulang bagi Tahap 1 dan 2 ada sedikit perbezaan iaitu Tahap satu akan pulang jam 1.10 tengah hari pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, jam 12.40 tengah hari pada hari Rabu.

Waktu pulang bagi Tahap 2 pula ialah pada jam 1.40 tengah hari dari Isnin hingga Khamis. Pada hari Jumaat waktu pulang ialah jam 12.10 tengah hari.

Adalah menjadi harapan agar jadual hadir dan pulang ini dapat membantu ibu bapa dan penjaga murid dalam melancarkan kesediaan murid untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.

Selamat Kembali Ke Sekolah.