Monday, August 15, 2022

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

 15 OGOS 2022 - Pada pagi ini, perhimpunan rasmi diteruskan dengan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2022.

Pemupukan semangat kenegaraan, cintakan tanah air, hargai perjuangan pejuang-pejuang negara yang bertaruh harta dan nyawa memastikan kita merdeka.

Sekolah telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini.

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA


TAHNIAH YUSAIRA

 15 OGOS 2022 - Nor Yusaira adalah nama yang menyinari kegemilangan kokurikulum sekolah pada tahun ini.

Beliau telah mewakili sekolah dan Daerah Maran dalam acara Bola Jaring yang telah membawa anugerah Juara di peringkat negeri Pahang baru-baru ini.

Pada hari ini, sekolah telah menghargai keceriaan ini dengan mengalungkan kembali pingat yang dimenangi di hadapan guru dan murid-murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.

Tahniah dan terima kasih kerana anda telah mewarnai keceriaan sekolah tahun ini.

Saturday, August 6, 2022

DIALOG PRESTASI

 5 Ogos 2022 - Unit Pentaksiran SK Felda Jengka 13, telah menjayakan Program Dialog Prestasi, Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pertengahan Sesi Akademik 2022-2023.

Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan membahagikan pertemuan ibu/bapa/penjaga murid dengan guru bertugas mengikut kelas masing-masing.

Terima kasih di atas kerjasama semua yang memastikan kecemerlangan akademik anak-anak sentiasa diutamakan.

Friday, July 29, 2022

MERAI KEJAYAAN

 28 JULAI 2022 - Unit Kokurikulum telah merai 32 orang murid yang telah meraih juara dalam kategori masing-masing menerusi acara sukan MSSZ Jengka dan MSSD Maran.



Pihak sekolah melahirkan rasa bangga dan menanam sikap sayangkan sekolah, harumkan nama sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu tujuan terutama meraih JUARA dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Tahniah dan terima kasih kerana kalian adalah antara  permata yang bersinar di sekolah ini.

Monday, July 18, 2022

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK

 18 JULAI 2022 - Unit Kokurikulum terus mengumpul kegemilangan. Kali ini pasukan bola sepak pula berjaya menjulang kejuaraan. Setelah berjaya mengalahkan SK Jengka 21 di padang perlawanan SK Jengka 20. 

Tahniah

Tuesday, July 5, 2022

TERUS MENEMPA KEJAYAAN

 5 JULAI 2022 - SK Felda Jengka 13 terus mengukir kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

Pada 21 Jun 2022, Pasukan Bola Jaring Sekolah telah meraih Johan Bola Jaring MSSZ Jengka seterusnya pada 4 Julai 2022, Peserta Ping Pong bawah 9 tahun sekolah peringkat MSSD Maran pula meraih Juara. Manakala pasukan Bola Baling Perempuan cuma berjaya merangkul Naib Juara MSSZ Jengka sahaja.

Pada hari ini perlangsung pula Bola Baling Lelaki yang dijalankan di SK Felda Jengka 21.

Seluruh warga SKJ13 mengucapkan berbanyak-banyak tahniah dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama baik sekolah.

Monday, June 27, 2022

MAJLIS PERPISAHAN

3 JUN 2022 - Suasana agak sayu dengan bertukarnya Cikgu Jamaluddin bin Mat Zain ke SK LKTP Jengka 21 sebagai GPK Hal Ehwal Murid, diikuti pula dengan pertukaran setara Encik Azmi bin Mohamad Pembantu Tadbir ke SMK Jengka 12.

Segala jasa dan bakti kalian sangat dihargai dan menjadi kenangan yang terpahat dalam ingatan. 

Cikgu Jamaluddin bin Mat Zain

Encik Azmi bin Mohamad

Ucapan selamat bertugas di tempat  baharu dengan membawa segala yang baik-baik dari sekolah ini sebagai panduan dan kenangan.

Salam pertukaran daripada kami selurih warga sekolah.

Wednesday, June 1, 2022

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2021

 19 MEI 2022 - Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Jamuan Hari Raya peringkat PPD Maran telah berlangsung Dewan Balora Mastika Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Cikgu Mohd Mustaqim dan Ustazah Rosniza telah terpilih sebagai penerima APC bagi tahun ini.

Tahniah, cikgu.


PETUGAS SPR DAN JAMUAN HARI RAYA JENGKA 13

 26 MEI 2022 - Sebilangan besar guru dan kakitangan sekolah telah menghadiri Taklimat SPR di Dewan Majlis Daerah Jerantut pada hari ini.


Manakala kakitangan yang tinggal di sekolah telah bersama-sama merayakan sambutan Aidilfitri peringkat Felda Jengka 13. 

Tahniah.

HARI KELUARGA 2022

 21 - 23 MEI 2022 - KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT) telah berjaya melaksanakan Hari Keluarga bagi tahun 2022 di Cameron Highlands.




Disebabkan laluan Felda Sg. Koyan ke Ringlet ditutup, laluan Gua Musang -Lojing - Cameron Highlands telah dipilih dan menjadikan perjalanan yang panjang lebih kurang 5 jam.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan, sungguh meriah dan menyeronokan. Ikatan ukhwan antara ahli KGKT dapat dieratkan dengan lebih mengenali ahli keluarga masing-masing.

Pada Jamuan Makan Malam, KGKT telah meraikan pertukaran Ustazah Rosnizar ke SK Jengka Pusat 2 dan juga sambutan Hari Lahir Tn. Hj. Yaacob yang bertepatan dengan Hari Keluarga kali ini.


Tahniah.

SAMBUTAN HARI GURU 2022

 18 MEI 2022 - GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA merupakan tema Hari Guru 2022 yang disambut peringkat sekolah pada hari ini.

Setelah terhenti sambutan tahun sebelum ini berikutan Covid-19, maka kali ini bagaikan dendam berbalas, sambutan yang berjaya dianjurkan telah disambut dengan meriah.


Cikgu Jamaludin telah membacakan Ikrar Guru dan memimpin nyanyian Lagu Keramat Guru Malaysia.




Tahniah dan terima kasih cikgu.

Friday, May 27, 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN SAMBUTAN AIDILFITRI

 12 MEI 2022 - PIBG SK FELDA Jengka 13 telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Kali ke-29. 




Selesai mesyuarat, semua tetamu dan ahli PIBG telah dijamu dengan Juadah Aidilfitri yang disediakan.



Seterus Tuan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan semua warga pendidikan dalam pertemuan khas.



KEMBALI KE SEKOLAH

 9 MEI 2022 - Perhimpunan pagi kembali dibenarkan dilaksanakan dan murid telah disambut menerusi Program Guru Penyayang seawal 7.00 pagi.


Bermulanya endemik Covid-19 ini didoakan semoga kecemerlangan akademik, kokurikulum dan yang berkaitan dengan pendidikan akan memutik keharuman dan kegemilangan nama baik SK FELDA Jengka 13.

AL FATEHAH

 2 MEI 2022 - Warga sekolah menerima berita sedih di atas pemergian Cik Jamilah Binti Ahmad, yang telah kembali kerahmatullah pada pagi ini.

Allahyarhamah Cik Jamilah binti Ahmad

Beliau baru sahaja bertukar ke SK LKTP Jengka 12 dan merupakan seorang guru yang memiliki personaliti tersendiri di sini.

Seluruh warga SK FELDA Jengka 13 berduka dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Al Fatehah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 29 APRIL 2022 - Program Ihya Ramadan pada tahun ini ditutup dengan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian hadiah majlis tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan berjalan dengan lancar.







Friday, April 1, 2022

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID DAN PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2022

 1 APRIL 2022 - Pegawai Polis Sekolah (PPS) Kopral Mohamad Izzat dari Balai Polis Bandar Jengka telah bersama-sama dalam majlis ini.



Semoga majlis yang bermakna ini mampu membina hari diri dan kepimpinan berwibawa di sekolah ini.




Tahniah 

PELANCARAN IHYA RAMADAN

 1 APRIL 2022 - Meneruskan kesimbangan Program Ihya Ramadan sebagaimana tahun-tahun lepas, Panitia Pendidikan Islam SK FELDA JENGKA 13 telah melancarkan program ini sebagai isyarat bermulanya Ihya Ramadan bermula 4 April ini.







Tahniah.

Sunday, February 27, 2022

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6

 26 FEBRUARI 2022 - PIBG  SK Felda Jengka 13 telah berjaya melaksanakan Majlis Apresiasi Tahun 6 bagi sesi persekolahan 2021-2022 dalam suasana sederhana namun meriah dengan pematuhan SOP Covid-19.

Majlis ini diadakan secara tertutup dengan hanya melibatan murid Tahun 6 dengan penjaga masing-masing, semua kakitangan sekolah dan AJK PIBG sahaja.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Musa Selamat, Pengurus Felda Jengka 13 serta turut dihadiri oleh Encik Mohamad Yusof, Ketua Kampung Felda Jengka 13 dan Imam Masjid Felda Jengka 13.


Seluruh warga sekolah mendoakan agar kejayaan akan terus diraih di masa hadapan dan membawa  nama baik sekolah ke persada dunia.


Friday, February 25, 2022

JASAMU DIKENANG

 24 FEBRUARI 2022 - Hari terakhir Cikgu Jamilah Ahmad bersama murid-murid dan seluruh staf sekolah ini kerana telah bertukar ke SK Felda Jengka 12. 


Beliau akan melapor diri pada 25 Februari 2022 di tempat baru yang juga tempat beliau dibesarkan, bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa dan adik- beradik tercinta iaitu Felda Jengka 12.

Seluruh warga sekolah mendoakan kesejahteraan Cikgu Jamilah dan semoga terus menaburkan khidmat bakti dalam bidang pendidikan ini. Sesungguhnya Jasamu Dikenang. Selamat bertugas di tempat baru.

Tuesday, January 11, 2022

SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL KETIGA 2021/2022

 10 JANUARI 2022 - Sesi baru persekolahan yang lebih dekenali sebagai Penggal Ketiga 2021/2022 telah bermula pada tarikh ini.


SK FELDA Jengka 13 dengan bilangan murid kurang daripada 300 orang telah melaksanakan sesi persekolahan tanpa penggiliran  bagi semua kelas. Jadual waktu kelas masih mengekalkan jadual waktu sesi sebelum ini dengan sedikit pindaan berikutan kehadiran dua orang guru baru iaitu Ustazah Nuru Syahida dan Cikgu Hasnuraini. Selamat datang, selamat bertugas dan bersedia menerima tanggungjawab anak bangsa di Jengka 13 ini.

Ustazah Nurul Syahida
Cikgu Hasnuraini

Sebagaimana sesi pembukaan persekolahan sebelum ini, SK Felda Jengka 13 telah menerima kunjungan daripada PPD Maran, En. Tun Mansor bin Tun Tahir. Berikutan persediaan rapi pihak sekolah segalanya berjalan lancar dan mematuhi segala perancangan dan SOP yang ditetapkan KPM.


Selamat kembali ke sekolah, semoga anak didik sekolah ini akan terus menempah nama di persada dunia dengan mengharumkan nama baik diri, keluarga dan sekolah ini.