Saturday, June 22, 2019

AIDILFITRI SK LKTP JENGKA 13 MERIAH

20 JUN 2019 - Saban tahun SK LKTP Jengka 13 menganjurkan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pada kali ini, segenap lapisan warga sekolah dilibatkan dan pembabitan ibu bapa serta penjaga mewakili kelas anak masing-masing telah menambah kemeriahan.

Pada awal pagi, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Jengka telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM2900.00 melibatkan 29 orang asnaf yang layak dalam kalangan murid sekolah ini.


Manakala Encik Burhanudiin Hj Hashim Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan PPD Maran telah menyampaikan Anugerah Foto Terbaik Keluarga Berhari Raya 2019 dan Staf Paling Ceria Aidilfitri 2019.


Para jemputan yang bertali arus datang meraikan majlis ini termasuk Encik Annuar Hj Salleh Ketua Sektor Akademik PPD Maran turut mengambil tempat menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan iaitu Dendangan Senandung Aidilfitri dan Busana Aidilfitri.


Kemeriahan terserlah dengan kehadiran ibu bapa serta penjaga murid dan masyarakat setempat. Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat Hari raya Aidilfitri.

Klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.