Sunday, February 3, 2019

PROGRAM PENETAPAN TARGER UPSR 2019

1 FEBRUARI 2019 - Seusai Majlis Motivasi Keibubapaan, ibu bapa kembali menyambung Program Penetapan Target UPSR 2019 yang dipengerusikan oleh Puan Ramziah selaku Setiausaha Unit Kecemerlangan UPSR 2019.





Seterusnya GPK Pentadbiran telah menyentuh serba sedikit berkenaan pencapaian anak masing-masing dan berharap menerusi Program Penetapan Target ini ibu bapa dan murid akan lebih fokus dan menyedari akan kesediaan anak masing-masing dalam menghadapi UPSR nanti.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat.

MOTIVASI KEIBUBAPAAN

1 FEBRUARI 2019 - Awal pagi ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 yang juga Calon UPSR 2019 telah menghadirkan diri dan memenuhkan Dewan Wawasan SK LKTP Jengka 13. Program Motivasi Keibubapaan pada kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Yaacob dengan Panel Motivasi Undangan Khas iaitu Encik M Yusri Marjan Pegawai SIP+ PPD Maran.




Terima kasih di atas segala curahan ilmu yang diberi dalam program ini.

DAULAT TUANKU

31 JANUARI 2019 - Cuti Peristiwa Sempena Istiadat Melafaz dan Menanda Tangan Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj. Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Daulat Tuanku, Seluruh Hamba Rakyat Warga SK LKTP Jengka 13 merafak sembah setinggi-tinggi tahniah. Daulat Tuanku.