Thursday, September 26, 2019

HARI KELUARGA 2019

21 - 22 SEPTEMBER 2019 - Kelab Guru dan Kakitangan SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Hari Keluarga 2019.

Semua guru dan kakitangan sekolah ini telah melibatkan diri dengan memulakan perjalanan di destinasi masing-masing ke lokasi penginapan di Adena Beach Resort Kuantan.

Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam diisi dengan aktiviti eksplorace yang melibatkan 5 lokasi persinggahan iaitu SK Maran, SK Ulu Luit, SK Paya Bungor, SK Gambang dan SK Bukit Rangin. Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat sebagai venue eksplorace tersebut.




Perbagai aktiviti telah diadakan selain sukaneka yang menjadi kebiasaan hari keluarga, pada kali ini sebahagian guru lelaki telah memukat di pantai sekitar jam 11 malam namun kurang berhasil.

Sesungguhnya hari keluarga bukan sekadar merapatkan kekeluargaan tetapi juga memisahkan jurang antara semua kakitangan agar sentiasa bersama sebagai satu keluarga besar dalam membangunkan insan dan kerjaya masing-masing.

Tahniah SK LKTP Jengka 13.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Wednesday, September 25, 2019

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

18 SEPTEMBER 2019 - Sambutan Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK LKTP Jengka 13 telah dilaksanakan dengan meriah dan penuh bermakna.

Program sepanjang Bulan Kebangsaan yang ditujukan kepada murid-murid diharapkan menanam semangat kebangsaan dan kenegaraan yang tinggi di samping jatidiri selaku warganegara yang sayang dan cintakan negara ini.


Majlis ini telah ditutup dengan rasminya oleh Ketua Kampung Felda Jengka 13 yang turut menyampaikan secara ringkas sejarah hidup beliau semasa awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Tahniah SK LKTP Jengka 13. MERDEKA

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, September 24, 2019

MAJLIS RESTU ILMU

3 SEPTEMBER 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama PIBG telah menjayakan Majlis Restu Ilmu 2019. Majlis ini telah dimulai dengan solat hajat, bacaan Yassin dan motivasi oleh Tuan Haji Sabri, Pegawai PPD Maran.


Majlis yang saban tahun diadakan ini menjadi persediaan terakhir murid-murid dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung pada 4 dan 5 September, seterusnya pada 10 dan 11 September 2019.


Sebelum itu, pada 29 Ogos 2019 satu Program Solat Hajat Perdana telah dijayakan dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR dan PIBG di Masjid FELDA Puteri Malu Jengka 13.

Insya Allah dengan usaha yang gigih, doa yang berterusan serta tawakal para guru, ibu bapa dan murid-murid sesuatu impian mungkin menjadi kenyataan.

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.