Saturday, June 22, 2019

AIDILFITRI SK LKTP JENGKA 13 MERIAH

20 JUN 2019 - Saban tahun SK LKTP Jengka 13 menganjurkan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pada kali ini, segenap lapisan warga sekolah dilibatkan dan pembabitan ibu bapa serta penjaga mewakili kelas anak masing-masing telah menambah kemeriahan.

Pada awal pagi, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Jengka telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM2900.00 melibatkan 29 orang asnaf yang layak dalam kalangan murid sekolah ini.


Manakala Encik Burhanudiin Hj Hashim Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan PPD Maran telah menyampaikan Anugerah Foto Terbaik Keluarga Berhari Raya 2019 dan Staf Paling Ceria Aidilfitri 2019.


Para jemputan yang bertali arus datang meraikan majlis ini termasuk Encik Annuar Hj Salleh Ketua Sektor Akademik PPD Maran turut mengambil tempat menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan iaitu Dendangan Senandung Aidilfitri dan Busana Aidilfitri.


Kemeriahan terserlah dengan kehadiran ibu bapa serta penjaga murid dan masyarakat setempat. Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat Hari raya Aidilfitri.

Klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.


Tuesday, June 18, 2019

PELAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

14 JUN 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Program Pelaporan P2 Tahun 6.

Program yang dihadiri semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 telah membuka ruang percambahan fikiran dan kesediaan ke arah kecemerlangan UPSR pada tahun ini.

Dapatan daripada pencapaian berdasarkan Pentaksiran Pertengahan Tahun yang lalu telah memberi kesedaran kepada semua pihak untuk lebih gigih berusaha dan bersedia menghadapi UPSR yang akan diduduki oleh murid-murid ini kelak.

Murid-murid yang berjaya memperolehi Penguasaan Tahap Minimum dalam pentaksiran ini telah diberi bahan rancangan galakan agar terus berusaha dan menjadi ransangan kepada belum berjaya Mencapai Tahap Minimum. Tahniah.

Seterusnya Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah telah diteruskan pada 17 Jun untuk Tahun 1, 18 Jun untuk Tahun 2, 19 Jun untuk Tahun 3 manakala Tahun 4 dan 5 diadakan pada 21 Jun 2019.


Pelaporan PBD Tahun 2 pada 18 Jun 2019

Tuesday, June 11, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

24 MEI 2019 - Hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama sesi persekolahan 2019. Bersempena Bulan Ramadan yang mulia, program Ihya Ramadhan telah berjaya dilaksanakan dan beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Kemuncak program ialah Majlis Khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid-murid yang telah melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.


Sebelum itu, satu program Ziarah Cakna telah dijalankan bersama PIBK dengan mengunjungi 4 keluarga serta menghulurkan sedikit sumbangan daripada warga SK LKTP Jengka 13 dengan kerjasama PIBK.



Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sumbangan sempena program Ihya Ramadhan 2019. Tahniah kepada segenap lapisan warga SK LKTP Jengka 13.