Thursday, September 21, 2023

SEINDAH KENANGAN DI DALAM INGATAN

21 September 2023 - Majlis jamuan perpisahan bersama ustaz Azharruddin bin Mohd Nazir


Jamuan diadakan di MTCJ (Lokasi simpang ke UITM Jengka.
















JALINAN MAKNA

 19 SEPTEMBER 2023 - 

a


Penyerahan sijil jalinan SK Felda Jengka 13 dengan (Majlis kanser negara) MAKNA 


Friday, September 15, 2023

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2023

 15 SEPTEMBER 2023 - Setelah sebulan berkibarnya bendera-bendera di sekitar perkarangan sekolah maka pada hari ini berakhirlah program Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun ini.


Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan telah memperlihatkan kesungguhan, bakat dan ketrampilan dalam kalangan murid.



Tahniah, program yang sungguh bermanfaat dan menampilkan kepelbagaian yang membanggakan. 



HARI PELAPORAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK

 14 SEPTEMBER 2023 - Kehadiran ibu/bapa/penjaga murid dalam program hari ini sangat membanggakan. 

Seawal 8.30 pagi lagi, sudah ramai yang hadir menjayakan program ini. Kira-kira 124 orang penjaga daripada 174 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah memenuhi Semalu Hall (Dewan SKJ12).

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rozi, diikuti ucapan Pn. Rosni Ismmail, Guru Besar dan diteruskan pula oleh Pn. Hasrina Mohd Noor selaku Ibu Angkat sekolah ini dari PPD Maran.





Majlis disambung dengan Taklimat PBD oleh En. Zahid Bakar Selaku Penolong Kanan Pentadbiran.

Ibu/bapa/penjaga murid didedahkan sekali lagi tentang Pentaksiran Bilik Darjah dan analisis dapatan PBD Pertengahan Sesi Akademik 2023/2024.

Seterusnya, pada jam 11.00 pagi, sesi menandatangani Pelaporan PBD Petengahan Sesi Akademik diadakan dan berlangsung sehingga 12.30 tengah hari.

Seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran pada kali ini.

Friday, September 8, 2023

LAMBAIAN KASIH USTAZ AZHARRUDDIN

 8 SEPTEMBER 2023 - Suasana suram hari ini, apabila Ustaz Azharruddin melangkah meninggalkan sekolah ini dan meneruskan khidmatnya di SK Felda Jengka 22.




Hendaknya perpisahan ini akan mengeratkan lagi persahabatan dan persaudaraan kita bersama Ustaz Azharrudin. 

Bawalah nama baik SK Jengka 13 di mana sahaja berada dan maafkan kami jika ada sebarang salah silap semasa kita bersama. 

Selamat bertugas di tempat baru.

Tuesday, September 5, 2023

DATANG DAN PERGI

 4 SEPTEMBER 2023 - SK FELDA Jengka 13 telah menerima Ustaz Mohd Rozi Mat Zain yang bertukar setara pada hari ini. 


Dalam pada itu, sekolah ini pula kehilangan Ustaz Azharruddin Mohamed Nazir yang bertukar ke SK FELDA Jengka 22. Mereka bertukar sesama mereka atas kehendak perkhidmatan.

Seluruh warga sekolah mengalu-akukan kedatangan Ustaz Rozi dan berduka dengan pertukaran Ustaz Azharruddin.

Semoga penempatan baru ini akan membuahkan impak positif ke arah kecemerlangan pendidikan di sekolah yang ditugaskan.

MAAL HIJRAH 1445




27 JULAI 2023 - SK FELDA Jengka 13, menyambut Tahun Baru Hijrah peringkat sekolah melalui program selawat dan perarakan.




Alhamdulillah, majlis berjaya disempurnakan dengan jayanya.