Friday, February 26, 2021

KESEDIAAN MENERIMA KEMASUKAN MURID

 26 FEBRUARI 2021, Pemantau Pelaksanaan Kesediaan Pembukaan Sekolah oleh Pegawai Pendidikan di SK LKTP Jengka 13 pada hari ini telah memberi kekuatan kepada warga sekolah untuk terus menabur bakti, membimbing dan mendidik anak bangsa dalam memastikan kecemerlangan dimiliki oleh segenap lapisan murid sekolah ini.





Dalam mendepani pandemik covid-19 ini, pihak sekolah telah mematuhi segala elemen SOP yang disarankan oleh Kerajaan, KKM, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Adalah menjadi doa dan harapan kami semoga pandemik ini akan segera berakhir dan kita kembali dalam kehidupan normal, dengan dapat mengikuti pembelajaran bersemuka, pelaksanaan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum walaupun dengan cara hidup norma baharu.


 Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK LKTP Jengka 13.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

 SK LKTP Jengka 13 mengalu-alukan murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 hadir dalam sesi bersemuka berkuat kuasa 1 Mac 2021 ini.

Dalam mendepani pandemik Covid-19 menerusi PKP 2.0 yang memberi impak besar PdPc bersemuka kepada PdPR menjadikan proses pembelajaran berlangsung secara dalam talian, luar talian atau gabungan telah menghasilkan kreativiti yang tinggi dalam kalangan guru. 

Tahniah kepada semua guru yang tidak jemu-jemu mendidik walau seberapa sukar, dengan pelbagai pendekatan serta kaedah agar setiap murid tidak ketinggalan dalam mendalami pelajaran masing-masing.

Selamat datang kepada semua murid-murid kembali ke sekolah yang bermula 1 Mac 2021 dan 8 Mac 2021 bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6. Kalian semua hebat.