Sunday, May 2, 2021

UPSR MANSUH

 29 APRIL 2021 - Kerajaan telah memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini.

Keratan akhbar yang memaparkan UPSR MANSUH menjadi tajuk utama akhbar ini. Namun perlu diingat bahawa PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) sebenarnya sedang memainkan peranan utama sejak diperkenalkan bagi mengganti UPSR. Manakala pemilihan calon ke sekolah tertentu seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, dan seumpamanya akan dibuat melalui satu pemilihan berdasarkan PST6, Ujian Psikometrik, PJASK, SEGAK dan Pentaksiran tertentu yang disediakan untuk kemasukan pelajar Tingkatan Satu  termasuk UPKK bagi pelajar yang memilih aliran agama.

Oleh itu, pastikanlah pembelajaran bermakna sentiasa berlaku, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa disamping mempamerkan sahsiah, akhlak mulia, dan kepemimpinan murid agar kemenjadian murid tertampil di sekolah kita.

Dalam pada itu keterlibatan ibu bapa, alumni, komuniti dan agensi setempat sangat dialu-alukan dalam menghasilkan generasi berilmu, berketrampilan dalam pelbagai bidang demi masa depan generasi kita.

JOM MEMBACA

 22 APRIL 2021 - Pusat Sumber Sekolah yang diterajui oleh Puan Zubaidah telah berjaya melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Bulan Galakan Membaca Peringkat Sekolah pada hari ini. 

Pada masa dan ketika yang sama Majlis ini juga dilaksanakan di peringkat Negeri Pahang dan Kebangsaan. Beberapa aturcara telah dilaksanakan secara langsung (online dengan Jabatan Pendidikan Pahang di bawah kendalian SSTP JPN Pahang) antaranya Ucapan Aluan Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Bicara Buku bersama Tokoh NILAM Pahang 2020, Pelancaran Bulan Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang Bersama Encik Mohammad Rosli Bin Abdul Rahman , Pengarah Pendidikan Pahang, Ucapan Pelancaran Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdybin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Seterusnya semua warga sekolah telah mengikuti Jom Baca Bersama 10 Minit tepat pada pukul 11.00 pagi.



Beberapa orang murid telah tampil menyertai kuiz yang disediakan secara spontan hasil pembacaan mereka. Tahniah kepada yang berjaya.

Sesungguhnya membaca adalah Jambatan Ilmu, jadikanlah membaca satu amalan.