Monday, October 30, 2023

SOLIDARITI PALESTIN

 30 OKTOBER 2023 - Satu program yang sederhana dan ringkas tapi penuh makna iaitu Solidariti Palestin telah berjaya dilaksanakan bermula dengan Perhimpunan Rasmi Pagi Isnin dan diteruskan dengan kutipan tabung Palestin.

Manakala, Majlis bacaan Yasin telah diadakan pada pagi Jumaat lepas. Sesungguhnya, luahan solidariti Palestin dalam kalangan warga SK Felda Jengka 13 sangat tinggi dengan laungan slogan Free Palestine.


Tangan-tangan kecik anak-anak SK Felda Jengka 13



Monday, October 16, 2023

HARI SUKAN NEGARA

 13 OKTOBER 2023 - SK Felda Jengka 13 di bawah kendalian Unit Kokurikulum telah menjayakan Hari Sukan Negara 2023 peringkat sekolah pada hari ini.

Semua murid telah dilibatkan dengan kekecualian kepada murid yang tidak sihat daripada menyertai aktiviti larian. Dalam pada itu, diadakan juga aktiviti mewarna dan melukis yang menjanjikan hadiah istimewa kepada pemenang.


Hari Sukan Negara SK Felda Jengka 13 telah berjalan dengan lancar dan jaya.