Friday, November 16, 2018

TAKLIMAT PROGRAM JAYA UPSR 2019

16 NOVEMBER 2018 - Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 5 yang akan menduduki UPSR pada tahun depan telah diundang menghadiri Taklimat Program Jaya UPSR 2019.

Puan Ramziah selaku Guru Penyelaras Program Kecemerlangan UPSR 2019 mengagihkan keputusan Pentaksiran Akhir Tahun bagi Tahun 5 sebagai Nilai Mula (TOV) Calon UPSR 2019 dan menjadi bahan diskusi dalam program ini.

Segala kekuatan, kelemahan dan kekangan dalam kalangan murid-murid menjadi kayu ukur ke arah membina beberapa ketetapan dan persetujuan untuk dilaksanakan dalam Program Jaya UPSR 2019 kelak.

Semoga ini menjadi permulaan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dalam aspek kurikulum, terutama UPSR SK LKTP Jengka 13.

FORUM MAULIDUR RASUL

16 NOVEMBER 2018 - Panitia Pendidikan Islam sekali lagi telah berjaya melaksanakan program yang begitu bermanfaat kepada para pelajar sekolah ini.




Majlis ini berlangsung pada jam 10.00 pagi dengan melibatkan semua murid dalam memupuk kecintaan kepada Nabi Muhammad sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada pagi ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

TAKLIMAT MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH

16 NOVEMBER 2018 - Semua murid Tahun 6 telah menghadiri Taklimat Melangkah Ke Sekolah Menengah yang telah disampaikan oleh seorang tetamu jemputan dari SMK Jengka 12.

Beliau telah menanam berbagai pesanan dan peringatan sebagai persediaan untuk murid-murid Tahun 6 bersedia memasuki alam persekolahan sekolah menengah.




Terima kasih kepada penceramah yang diundang dan jadikanlah panduan kepada para pelajar yang akan melangkah ke sekolah menengah pada awal tahun depan.

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING

16 NOVEMBER 2018 - Hari ini Pasukan Bola Jaring sekolah telah menyertai Program Pembangunan Bola Jaring MSSD Maran yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Majlis Daerah Maran.




Tahniah, kepada jurulatih dan peserta di atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan walaupun hanya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sahaja.

Majulah sukan untuk sekolah kita.