Tuesday, November 19, 2019

GOTONG-ROYONG FASA 3

16 NOVEMBER 2019 - PIBG SK LKTP Jengka 13 sekali lagi mencurah keringat dengan bergotong-royong menanam kelapa sawit.

Program ini yang merupakan fasa ke-3 telah membuatkan PIBG sekolah ini bakal memiliki sumber kewangan sendiri selain daripada sumbangan ahli.




Tahniah di atas kerjasama yang dicurahkan.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

PELAPORAN PBD 2019

19 NOVEMBER 2019 - Unit Pentaksiran SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Program Pelaporan PBD Tahun 1 - 5 sepanjang hari ini.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi telah melaksanakan aktiviti pelaporan mengikut kelas di kelas masing-masing dengan dibantu oleh beberapa orang guru bagi setiap kelas.




Sesungguhnya menerusi program sebegini, sistem persekolahan telah membuka seluas-luasnya peluang masyarakat mendekati, memahami, mrnyertai dan berkoloberasi dengan sekolah.

Tahniah kepada semua.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

JAMUAN AKHIR TAHUN

15 NOVEMBER 2019 - Semua kelas telah mengikuti langkah Tahun 6 yang mengadakan jamuan makan selepas program Hari Apresiasi Murid Tahun 6 dengan menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di kelas masing-masing.

 



Pembabitan ibu bapa dan penjaga murid setiap kelas dalam menjayakan program yang dirancang sungguh membanggakan. Sesungguhnya pihak sekolah sangat menggalakkan pembabitan PIBK dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

Tahniah dan terima kasih PIBK.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi fotoi aktiviti.

MAJLIS HARI APRESIASI MURID TAHUN 6

15 NOVEMBER 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan Majlis HARI APRESIASI MURID TAHUN 6 bagi tahun 2019 dengan jayanya.

Penghargaan setinggi-tingginya tahniah telah dihulurkan kepada PIBK yang telah menjayakan pelbagai program pascaUPSR. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas semua sumbangan yang tidak terhingga dan tidak terbayar.




Seterusnya semua murid Tahun 6 diraikan dengan berjubah graduasi sebagai tanda Tamat Persekolahan Tahun 6. Tahniah kepada semua yang menjayakan program yang sungguh bermakna ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.


Wednesday, November 13, 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019

7 - 9 NOVEMBER 2019 - Unit Kokurikulum dengan pembabitan badan-badan unit beruniform SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan program perkhemahan yang bagaikan satu kemestian pada setiap penghujung tahun di sekolah ini.

Sebagai murid yang sedang membesar, pendedahan ilmu ikhtiar hidup dan bermasyarakat sangat membantu dalam membina dan membentuk sahsiah murid yang cekal serta tabah menghadapi sebarang cabaran.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti, Ujian Berhalangan, Ujian Simpulan dan Ikatan, Ujian Memasak, Pertandingan Kebudayaan dan Pertandingan Kawat Kaki telah meletakkan murid sekolah ini sentiasa dalam keadaan bersemangat dan bersedia.




Tahniah, Unit Kokurikulum.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

KESELAMATAN KEBAKARAN

7 NOVEMBER 2019 - 4 buah jentera bomba dari Jengka telah diundang khas untuk melengkapkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid bagi tahun 2019 ini.

Semua murid SK LKTP Jengka 13 telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Pelbagai pendedahan mengenai punca kebakaran dan kaedah menghadapinya telah diperturunkan oleh pegawai yang bertugas.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan program ini telah mendedahkan kefahaman dan minat murid-murid dengan ilmu kebombaan.

Tahniah.