Friday, June 2, 2023

TRIP TO SABAH

 19 - 22 MEI 2023 - 30 warga sekolah telah mengikuti trip ke Sabah yang diterajui oleh Guru Besar, Encik Azemi bin Sagir. 

Trip ini dilaksanakan sempena meraikan persaraan Cikgu Yaacob yang tamat perkhidmatan beliau pada 22 Mei 2023 sempena 60 tahun usia beliau. Dalam pada itu, trip ini juga meraikan Guru Besar yang akan bersara pilihan pada 1 Julai 2023 ini.














Seluruh warga sekolah khasnya berasa kehilangan yang sukar dicari ganti dengan persaraan Cikgu Yaacob dan Cikgu Azemi.

Trip ke Sabah membawa senario indah dan pengalaman baru di Kota Kinabalu dan Kundasang dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.


MAJLIS PERSARAAN CIKGU YAACOB




18 MEI 2023 - SK Felda Jengka 13 telah kehilangan seorang guru yang begitu banyak berjasa kepada sekolah ini. Bercirikan seorang bapa yang pengasih dan penyayang, Cikgu Yaacob telah menabur bakti selama 16 tahun di sekolah ini semenjak 2007.

Selamat Bersara Cikgu Yaacob.