Friday, September 17, 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

 17 SEPTEMBER 2021 - PIBG SK FELDA Jengka 13 telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 menerusi aplikasi Google Meet pada pagi ini.


Ini merupakan mesyuarat agung kali pertama yang dilaksanakan dengan norma baru secara maya berikutan Covid-19 yang sedang melanda negara.






Tahniah, barisan AJK PIBG yang telah menjayakan mesyuarat ini. Semoga kegemilangan dan kecemerlangan SK FELDA Jengka 13 akan berterusan dikecapi dan sentiasa seiringan dengan pentadbiran sekolah memastikan SK FELDA Jengka 13 sentiasa di hadapan dalam mendepani cabaran pendidikan abad 21 ini.


Thursday, September 16, 2021

SEMALU CHANNEL

 15 SEPTEMBER 2021 - SK FELDA Jengka 13 telah melancarkan SEMALU CHANNEL dengan menyediakan platform komunikasi melalui Youtube. 

Adalah menjadi harapan, dengan video pertama SEMALU CHANNEL bertajuk MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2021 akan menjadi penggerak kepada langkah seterusnya dan terus meningkatkan kemudahan peranti dan kualiti persembahan untuk manfaat semua, terutama kepada warga sekolah ini.


https://www.youtube.com/watch?v=oR8Bp_5ksnw merupakan pautan pertama daripada SEMALU CHANNEL.

Tuesday, August 31, 2021

31 OGOS 2021

 


SK FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Bercuti sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021. 

Wednesday, August 11, 2021

Sunday, June 13, 2021

PdPR KEMBALI

PdPR Disambung: KPM Umum PdPR 25 Hari Mulai 13 Jun 2021 

13 JUN 2021 - KPM telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bermula 14 Jun 2021 hingga 17 Julai 2021 adalah dalam bentuk Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Sehubungan itu, SK Felda Jengka 13 telah bersiap dengan jadual baharu PdPR ini berikutan beberapa orang guru telah bertukar mata pelajaran dan tanggungjawab.

 Untuk makluman, Cikgu Yaacob Mohamed Tahir kini akan memegang jawatan sebagai Guru Kelas 3 Gemilang, manakala Cik Norazila Abdul Rahim menggantikan Cikgu Zubaidah sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Cikgu Zubaidah pula menggantikan Cikgu Yaacob sebagai Guru Pemulihan.

Semua warga sekolah diminta sentiasa bersedia dengan jadual baharu yang telah diedarkan melalui aplikasi Whatsapp menerusi group rasmi kelas masing-masing.

Selamat kembali mengikuti PdPR dan belajarlah bersungguh-sungguh ke arah kemenjadian murid sekolah ini. .

Sunday, May 16, 2021

HARI GURU

 16 MEI 2021 - Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua.


Tema Hari Guru 2021 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. 

#terimakasihcikgu

KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI

7 MEI 2021 - Meneruskan program Ihya Ramadan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti Aidilfitri dan PdPR berikutan PKP 3.0, Panitia Pendidikan Islam/Moral dan Bahasa Arab mengambil kesempatan mengisi masa untuk ada dengan melengkapkan perancangan yang telah diatur sebelum ini.

 


Tahniah, program berjalan lancar walaupun dengan suasana Pematuhan SOP yang ketat.

Sunday, May 2, 2021

UPSR MANSUH

 29 APRIL 2021 - Kerajaan telah memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini.

Keratan akhbar yang memaparkan UPSR MANSUH menjadi tajuk utama akhbar ini. Namun perlu diingat bahawa PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) sebenarnya sedang memainkan peranan utama sejak diperkenalkan bagi mengganti UPSR. Manakala pemilihan calon ke sekolah tertentu seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, dan seumpamanya akan dibuat melalui satu pemilihan berdasarkan PST6, Ujian Psikometrik, PJASK, SEGAK dan Pentaksiran tertentu yang disediakan untuk kemasukan pelajar Tingkatan Satu  termasuk UPKK bagi pelajar yang memilih aliran agama.

Oleh itu, pastikanlah pembelajaran bermakna sentiasa berlaku, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa disamping mempamerkan sahsiah, akhlak mulia, dan kepemimpinan murid agar kemenjadian murid tertampil di sekolah kita.

Dalam pada itu keterlibatan ibu bapa, alumni, komuniti dan agensi setempat sangat dialu-alukan dalam menghasilkan generasi berilmu, berketrampilan dalam pelbagai bidang demi masa depan generasi kita.

JOM MEMBACA

 22 APRIL 2021 - Pusat Sumber Sekolah yang diterajui oleh Puan Zubaidah telah berjaya melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Bulan Galakan Membaca Peringkat Sekolah pada hari ini. 

Pada masa dan ketika yang sama Majlis ini juga dilaksanakan di peringkat Negeri Pahang dan Kebangsaan. Beberapa aturcara telah dilaksanakan secara langsung (online dengan Jabatan Pendidikan Pahang di bawah kendalian SSTP JPN Pahang) antaranya Ucapan Aluan Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Bicara Buku bersama Tokoh NILAM Pahang 2020, Pelancaran Bulan Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang Bersama Encik Mohammad Rosli Bin Abdul Rahman , Pengarah Pendidikan Pahang, Ucapan Pelancaran Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdybin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Seterusnya semua warga sekolah telah mengikuti Jom Baca Bersama 10 Minit tepat pada pukul 11.00 pagi.



Beberapa orang murid telah tampil menyertai kuiz yang disediakan secara spontan hasil pembacaan mereka. Tahniah kepada yang berjaya.

Sesungguhnya membaca adalah Jambatan Ilmu, jadikanlah membaca satu amalan.

Tuesday, April 13, 2021

IHYA RAMADHAN

 12 APRIL 2021 - Panitia Agama Islam/Moral bersama Persatuan Agama Islam SK Felda Jengka 13 telah menyambung program hari ini dengan Ihya Ramadhan pada tahun ini.

Program ini digerakkan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan amalan-amalan sunat yang dituntut sepanjang bulan Ramadan, seterusnya menerap akhlak yang mulia selaras tuntutan Islam. 

Murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan ajaran Rasulullah, ditambah dengan hasrat melahirkan murid yang prihatin dan menghayati bulan-bulan Islam.




 

Dalam pada itu, pembentukan sahsiah murni dalam kalangan murid-murid agar menjana insan kamil yang cemerlang dunia akhirat dengan mengimarahkan bulan Ramadan ini.

Program ini telah dilancarkan dengan perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Azemi Sagir.

Tahniah.

WATIKAH PERLANTIKAN

12 APRIL 2021, sekolah ini telah meneruskan tradisi Perlantikan Pemimpin Pelajar sebagaimana tahun-tahun sebelum yang bertujuan memberi pengikhtirafan kepada semua pelajar terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Buku Teks serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas.



 

Sejumlah 25 orang pelajar telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, 18 orang Pengawas Pusat Sumber, 11 orang Pengawas BOSS serta 14 orang Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Majlis telah dirasmi oleh KPL 184012 Mohd Izat bin Mohammad Rosly yang turut melancarkan program Kelab Cegah Jenayah 2021 dengan slogan "KEPIMPINAN BERWIBAWA PEMANGKIN GENERASI CEMERLANG".

Tahniah kepada semua.

Tuesday, April 6, 2021

SELAMAT DATANG RAMADAN

 Bermula awal Mac yang lalu, sesi persekolahan bersemuka melalui PdPc telah dilaksanakan di seluruh negara setelah berakhirnya sesi persekolahan PdPR semenjak pembukaan sesi persekolah pada 20 Januari 2021.

Alhamdulillah, kita kini kembali bersekolah seperti biasa setelah bercuti Pertengahan Penggal Pertama bermula 27 Mac hingga 4 April 2021. Apapun kini kita telah berada di penghujung bulan Syaaban yang menandakan akan datangnya Ramadan.

Sehubungan itu, sekolah ini sebagaimana tahun-tahun lalu akan memeriahkan Ramadan dengan Program-Program Ihya Ramadan sebagai mengisi keilmuan dan menambah amalan-amalan soleh di sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.   

Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan, Ramadan Al Mubarak, Ramadan Karem kepada semua pelayar blog kami ini. 

Friday, February 26, 2021

KESEDIAAN MENERIMA KEMASUKAN MURID

 26 FEBRUARI 2021, Pemantau Pelaksanaan Kesediaan Pembukaan Sekolah oleh Pegawai Pendidikan di SK LKTP Jengka 13 pada hari ini telah memberi kekuatan kepada warga sekolah untuk terus menabur bakti, membimbing dan mendidik anak bangsa dalam memastikan kecemerlangan dimiliki oleh segenap lapisan murid sekolah ini.





Dalam mendepani pandemik covid-19 ini, pihak sekolah telah mematuhi segala elemen SOP yang disarankan oleh Kerajaan, KKM, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Adalah menjadi doa dan harapan kami semoga pandemik ini akan segera berakhir dan kita kembali dalam kehidupan normal, dengan dapat mengikuti pembelajaran bersemuka, pelaksanaan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum walaupun dengan cara hidup norma baharu.


 Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK LKTP Jengka 13.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

 SK LKTP Jengka 13 mengalu-alukan murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 hadir dalam sesi bersemuka berkuat kuasa 1 Mac 2021 ini.

Dalam mendepani pandemik Covid-19 menerusi PKP 2.0 yang memberi impak besar PdPc bersemuka kepada PdPR menjadikan proses pembelajaran berlangsung secara dalam talian, luar talian atau gabungan telah menghasilkan kreativiti yang tinggi dalam kalangan guru. 

Tahniah kepada semua guru yang tidak jemu-jemu mendidik walau seberapa sukar, dengan pelbagai pendekatan serta kaedah agar setiap murid tidak ketinggalan dalam mendalami pelajaran masing-masing.

Selamat datang kepada semua murid-murid kembali ke sekolah yang bermula 1 Mac 2021 dan 8 Mac 2021 bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6. Kalian semua hebat.