Friday, September 15, 2023

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2023

 15 SEPTEMBER 2023 - Setelah sebulan berkibarnya bendera-bendera di sekitar perkarangan sekolah maka pada hari ini berakhirlah program Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun ini.


Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan telah memperlihatkan kesungguhan, bakat dan ketrampilan dalam kalangan murid.



Tahniah, program yang sungguh bermanfaat dan menampilkan kepelbagaian yang membanggakan. 



HARI PELAPORAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK

 14 SEPTEMBER 2023 - Kehadiran ibu/bapa/penjaga murid dalam program hari ini sangat membanggakan. 

Seawal 8.30 pagi lagi, sudah ramai yang hadir menjayakan program ini. Kira-kira 124 orang penjaga daripada 174 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah memenuhi Semalu Hall (Dewan SKJ12).

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rozi, diikuti ucapan Pn. Rosni Ismmail, Guru Besar dan diteruskan pula oleh Pn. Hasrina Mohd Noor selaku Ibu Angkat sekolah ini dari PPD Maran.





Majlis disambung dengan Taklimat PBD oleh En. Zahid Bakar Selaku Penolong Kanan Pentadbiran.

Ibu/bapa/penjaga murid didedahkan sekali lagi tentang Pentaksiran Bilik Darjah dan analisis dapatan PBD Pertengahan Sesi Akademik 2023/2024.

Seterusnya, pada jam 11.00 pagi, sesi menandatangani Pelaporan PBD Petengahan Sesi Akademik diadakan dan berlangsung sehingga 12.30 tengah hari.

Seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran pada kali ini.