Wednesday, January 2, 2019

PERTAMA YANG TERARAH

2 JANUARI 2019 - Hari Pertama sesi persekolahan 2019 telah terarah dengan kepadatan aktiviti.

Awal-awal pagi lagi guru telah hadir menyambut kedatangan murid yang bersemangat dan berjiwa besar untuk ke sekolah. Program Guru Penyayang telah menyeri pagi hari dengan senyuman dan kemesraan guru menerima murid-murid dan ibu bapa di perkarangan sekolah. Murid-murid disantuni dan diterima seadanya sebagai satu kesediaan murid untuk terus hadir ke sekolah pada hari-hari berikutnya hinggalah sampai ketika meninggalkan alam persekolahan.


Murid-murid Tahun 1 pula yang hadir dengan serba-serbi baru hadir bersama penjaga masing-masing tidak memperlihatkan kejanggalan dan telah menerima situasi ke sekolah ini sebagai salah satu perkara yang bakal menjadi rutin harian mereka.


Pada pukul 7.45 pagi PdPc berjalan seperti biasa dan terdengar suara guru murid berinteraksi di dalam kelas masing-masing.


Seterusnya ketibaan pegawai pemantau hari pertama persekolahan 2019 Encik Mohd Yusof Omar, daripada PPD Maran. Selain memantau perjalanan sisi persekolahan beliau juga berkesempatan menyampaikan Sijil Kecemerlangan  Bersih Sihat Selamat (BeSS) Pengurusan Kantin Sekolah kepada Puan Pengusaha Kantin SK LKTP Jengka 13.


Tahniah, SK LKTP Jengka 13.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.