Saturday, October 13, 2018

HARI SUKAN NEGARA

13 OKTOBER 2018 - SK LKTP Jengka 13 tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara pada hari ini.



Pada awal pagi, semua murid dan warga sekolah telah menjayakan program senamrobik di bawah bimbingan jururawat desa yang diundang khas. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan berjalan kaki dalam program 1000 langkah.


Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

12 - 13 OKTOBER 2018 - Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Unit Kokurikulum tidak melepas peluang untuk menjayakan program yang bagaikan mesti diadakan pada setiap tahun iaitu Perkhemahan Unit Beruniform.

Pada kali ini, program bermula dari 8 Oktober lagi, dimulai dengan berbagai persiapan dan latihan oleh unit masing-masing.

Program yang melibatkan semua murid Tahap 2 telah disertai oleh 101 orang murid dan pelbagai aktiviti telah dijalankan.


Sambutan ibu bapa dapat dilihat dengan kehadiran mereka dalam memeriahkan Program Malam Kebudayaan yang dimeriahkan dengan persembahan oleh 7 kumpulan yang sememangnya sangat berbakat.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

KHIDMAT BANTU ICT

8 - 9 OKTOBER 2018 - SK LKTP Jengka 13 menerima kunjungan Juruteknik Komputer di bawah kendalian PKG Bandar Jengka dalam program Khidmat Bantu ICT.

Seramai 6 orang pegawai juruteknik berkenaan telah bertugas selama 2 hari memastikan ke semua 21 buah komputer di Makmal Komputer SK LKTP Jengka 13 dapat berfungsi secara maksimum dalam memastikan bahan bantu pendidikan bersumberkan pendidikan digital dapat mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar sekolah ini.

Terima kasih di atas khidmat bantu yang dihulurkan.

RESTU ILMU

20 SEPTEMBER 2018 - Selamat menghadapi UPSR kepada semua murid Tahun 6 yang berlangsung pada 24 hingga 27 September 2018.

Berikutan itu, satu Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan pada 20 September 2018 dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Maran sebagai Perasmi program. Majlis telah dimulai dengan Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin, Ucapan Tuan Pengurus Felda Jengka 13, Ucapan NYDP PIBG seterusan Januan Ringan.

Pada pukul 10.00 pagi majlis diteruskan dengan Ucapan Tuan Guru Besar, Ucapan Ketua PPD Maran, Persembahan Multimedia, Mohon Restu Guru oleh wakil ibu bapa, Restu Ilmu oleh wakil guru dan diakhiri dengan Ikrar Murid.

Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mendoakan kejayaan kalian.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi aktiviti ini.

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

18 SEPTEMBER 2018 - Sambutan Bulan Kebangsaaan 2018, SK LKTP Jengka 13 telah ditutup dengan rasminya.


Sepanjang bulan ini, berbagai aktiviti telah dilaksanakan dan berjaya mendedahkan semangat patriotik cintakan negara.


Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.