Tuesday, November 19, 2019

GOTONG-ROYONG FASA 3

16 NOVEMBER 2019 - PIBG SK LKTP Jengka 13 sekali lagi mencurah keringat dengan bergotong-royong menanam kelapa sawit.

Program ini yang merupakan fasa ke-3 telah membuatkan PIBG sekolah ini bakal memiliki sumber kewangan sendiri selain daripada sumbangan ahli.




Tahniah di atas kerjasama yang dicurahkan.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

PELAPORAN PBD 2019

19 NOVEMBER 2019 - Unit Pentaksiran SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Program Pelaporan PBD Tahun 1 - 5 sepanjang hari ini.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi telah melaksanakan aktiviti pelaporan mengikut kelas di kelas masing-masing dengan dibantu oleh beberapa orang guru bagi setiap kelas.




Sesungguhnya menerusi program sebegini, sistem persekolahan telah membuka seluas-luasnya peluang masyarakat mendekati, memahami, mrnyertai dan berkoloberasi dengan sekolah.

Tahniah kepada semua.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

JAMUAN AKHIR TAHUN

15 NOVEMBER 2019 - Semua kelas telah mengikuti langkah Tahun 6 yang mengadakan jamuan makan selepas program Hari Apresiasi Murid Tahun 6 dengan menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di kelas masing-masing.

 



Pembabitan ibu bapa dan penjaga murid setiap kelas dalam menjayakan program yang dirancang sungguh membanggakan. Sesungguhnya pihak sekolah sangat menggalakkan pembabitan PIBK dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

Tahniah dan terima kasih PIBK.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi fotoi aktiviti.

MAJLIS HARI APRESIASI MURID TAHUN 6

15 NOVEMBER 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan Majlis HARI APRESIASI MURID TAHUN 6 bagi tahun 2019 dengan jayanya.

Penghargaan setinggi-tingginya tahniah telah dihulurkan kepada PIBK yang telah menjayakan pelbagai program pascaUPSR. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas semua sumbangan yang tidak terhingga dan tidak terbayar.




Seterusnya semua murid Tahun 6 diraikan dengan berjubah graduasi sebagai tanda Tamat Persekolahan Tahun 6. Tahniah kepada semua yang menjayakan program yang sungguh bermakna ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.


Wednesday, November 13, 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019

7 - 9 NOVEMBER 2019 - Unit Kokurikulum dengan pembabitan badan-badan unit beruniform SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan program perkhemahan yang bagaikan satu kemestian pada setiap penghujung tahun di sekolah ini.

Sebagai murid yang sedang membesar, pendedahan ilmu ikhtiar hidup dan bermasyarakat sangat membantu dalam membina dan membentuk sahsiah murid yang cekal serta tabah menghadapi sebarang cabaran.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti, Ujian Berhalangan, Ujian Simpulan dan Ikatan, Ujian Memasak, Pertandingan Kebudayaan dan Pertandingan Kawat Kaki telah meletakkan murid sekolah ini sentiasa dalam keadaan bersemangat dan bersedia.




Tahniah, Unit Kokurikulum.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

KESELAMATAN KEBAKARAN

7 NOVEMBER 2019 - 4 buah jentera bomba dari Jengka telah diundang khas untuk melengkapkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid bagi tahun 2019 ini.

Semua murid SK LKTP Jengka 13 telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Pelbagai pendedahan mengenai punca kebakaran dan kaedah menghadapinya telah diperturunkan oleh pegawai yang bertugas.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan program ini telah mendedahkan kefahaman dan minat murid-murid dengan ilmu kebombaan.

Tahniah.

Wednesday, October 16, 2019

BULAN SUKAN NEGARA

16 OKTOBER 2019 - Unit Kokurikulum SK LKTP Jengka 13 telah menyahut Program Bulan Sukan Negara dilaksana pada kali ini.


Program diisi dengan belbagai aktiviti yang menjurus kepada menepati sasaran Bulan Sukan Negara.




SK LKTP Jengka 13 memulakan program dengan acara senamrobik. Kemudian murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut jantina.

Antaranya Pertandingan Senamrobik, bola jaring dan futsal.

Tahniah unit Kokurikulum atas kejayaan menganjur program ini.

Sila klik  GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

PROGRAM BERSAMA POLIS

9 OKTOBER 2019 - Unit Hal Ehwal Murid di bawah kelolaan Badan Bimbingan Dan Kaunseling SK LKTP Jengka 13 telah melaksanakan Program Bersama Polis bertemakan Jenayah Kesannya Kepada Murid.





Terima kasih kepada PDRM Maran yang sentiasa sedia berkhidmat lebih-lebih lagi dalam memastikan generasi muda merupakan penerima ceramah dan penerangan mereka.

Tahniah.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti

Wednesday, October 9, 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN KALI KE-28

29 SEPTEMBER 2019 - Unit Kokurikulum dengan kerjasama yang padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Kali Ke-28 dengan jayanya.

Tuan Guru Besar mempamerkan skil beliau

Persiapan ibu bapa dan penjaga menghias rumah sukan anak masing-masing

Bersama Tokoh Perasmi

Berbagai acara telah dilangsungkan dengan penglibatan segenap lapisan warga sekolah termasuk kesungguhan ibu bapa dan penjaga.


Tahniah kepada yang berjaya, semoga menjadi perangsang kepada yang lain untuk terus mencuba dan menjadi pentas pemilihan wakil sukan sekolah bagi tahun 2020 kelak.

Bersukan untuk kesihatan dan sekolah kita.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Thursday, September 26, 2019

HARI KELUARGA 2019

21 - 22 SEPTEMBER 2019 - Kelab Guru dan Kakitangan SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Hari Keluarga 2019.

Semua guru dan kakitangan sekolah ini telah melibatkan diri dengan memulakan perjalanan di destinasi masing-masing ke lokasi penginapan di Adena Beach Resort Kuantan.

Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam diisi dengan aktiviti eksplorace yang melibatkan 5 lokasi persinggahan iaitu SK Maran, SK Ulu Luit, SK Paya Bungor, SK Gambang dan SK Bukit Rangin. Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat sebagai venue eksplorace tersebut.




Perbagai aktiviti telah diadakan selain sukaneka yang menjadi kebiasaan hari keluarga, pada kali ini sebahagian guru lelaki telah memukat di pantai sekitar jam 11 malam namun kurang berhasil.

Sesungguhnya hari keluarga bukan sekadar merapatkan kekeluargaan tetapi juga memisahkan jurang antara semua kakitangan agar sentiasa bersama sebagai satu keluarga besar dalam membangunkan insan dan kerjaya masing-masing.

Tahniah SK LKTP Jengka 13.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Wednesday, September 25, 2019

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

18 SEPTEMBER 2019 - Sambutan Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK LKTP Jengka 13 telah dilaksanakan dengan meriah dan penuh bermakna.

Program sepanjang Bulan Kebangsaan yang ditujukan kepada murid-murid diharapkan menanam semangat kebangsaan dan kenegaraan yang tinggi di samping jatidiri selaku warganegara yang sayang dan cintakan negara ini.


Majlis ini telah ditutup dengan rasminya oleh Ketua Kampung Felda Jengka 13 yang turut menyampaikan secara ringkas sejarah hidup beliau semasa awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Tahniah SK LKTP Jengka 13. MERDEKA

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, September 24, 2019

MAJLIS RESTU ILMU

3 SEPTEMBER 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama PIBG telah menjayakan Majlis Restu Ilmu 2019. Majlis ini telah dimulai dengan solat hajat, bacaan Yassin dan motivasi oleh Tuan Haji Sabri, Pegawai PPD Maran.


Majlis yang saban tahun diadakan ini menjadi persediaan terakhir murid-murid dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung pada 4 dan 5 September, seterusnya pada 10 dan 11 September 2019.


Sebelum itu, pada 29 Ogos 2019 satu Program Solat Hajat Perdana telah dijayakan dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR dan PIBG di Masjid FELDA Puteri Malu Jengka 13.

Insya Allah dengan usaha yang gigih, doa yang berterusan serta tawakal para guru, ibu bapa dan murid-murid sesuatu impian mungkin menjadi kenyataan.

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Wednesday, August 21, 2019

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2019

19 OGOS 2019 - Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 telah dilangsungkan semasa perhimpunan rasmi sekolah hari ini.

Semua murid bersama bendera tangan telah mengikuti penerangan ringkas sambutan Bulan Kebangsaan 2019 dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.




Tuan Guru Besar, Encik Azemi Sagir telah merasmikan pelancaran tersebut dan bermulalah Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat SK LKTP Jengka 13.

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih

KARNIVAL PRASEKOLAH KELOMPOK JENGKA

7 OGOS 2019 - Prasekolah SK LKTP Jengka 13 menjadi tuan rumah Karnival Prasekolah Kelompok Jengka bagi tahun ini.

Kesemua 13 Prasekolah Kelompok Jengka tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan Futsal untuk murid lelaki dan Bola Jaring untuk murid perempuan.

Acara yang bermula jam 8.30 pagi telah berlangsung dengan meriah dan berjaya mencapai matlamat program ini dianjurkan. Tahniah kepada sekolah yang telah memperoleh kejayaan dan membawa pulang tropi kemenangan yang menjadi perangsang kepada setiap peserta yang bertanding.



Tuan Haji Anuuar Mohd Salleh KSU Akademik PPD Maran telah hadir, merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tahniah dan syabas.

Saturday, June 22, 2019

AIDILFITRI SK LKTP JENGKA 13 MERIAH

20 JUN 2019 - Saban tahun SK LKTP Jengka 13 menganjurkan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pada kali ini, segenap lapisan warga sekolah dilibatkan dan pembabitan ibu bapa serta penjaga mewakili kelas anak masing-masing telah menambah kemeriahan.

Pada awal pagi, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Jengka telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM2900.00 melibatkan 29 orang asnaf yang layak dalam kalangan murid sekolah ini.


Manakala Encik Burhanudiin Hj Hashim Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan PPD Maran telah menyampaikan Anugerah Foto Terbaik Keluarga Berhari Raya 2019 dan Staf Paling Ceria Aidilfitri 2019.


Para jemputan yang bertali arus datang meraikan majlis ini termasuk Encik Annuar Hj Salleh Ketua Sektor Akademik PPD Maran turut mengambil tempat menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan iaitu Dendangan Senandung Aidilfitri dan Busana Aidilfitri.


Kemeriahan terserlah dengan kehadiran ibu bapa serta penjaga murid dan masyarakat setempat. Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat Hari raya Aidilfitri.

Klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.


Tuesday, June 18, 2019

PELAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

14 JUN 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan Program Pelaporan P2 Tahun 6.

Program yang dihadiri semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 telah membuka ruang percambahan fikiran dan kesediaan ke arah kecemerlangan UPSR pada tahun ini.

Dapatan daripada pencapaian berdasarkan Pentaksiran Pertengahan Tahun yang lalu telah memberi kesedaran kepada semua pihak untuk lebih gigih berusaha dan bersedia menghadapi UPSR yang akan diduduki oleh murid-murid ini kelak.

Murid-murid yang berjaya memperolehi Penguasaan Tahap Minimum dalam pentaksiran ini telah diberi bahan rancangan galakan agar terus berusaha dan menjadi ransangan kepada belum berjaya Mencapai Tahap Minimum. Tahniah.

Seterusnya Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah telah diteruskan pada 17 Jun untuk Tahun 1, 18 Jun untuk Tahun 2, 19 Jun untuk Tahun 3 manakala Tahun 4 dan 5 diadakan pada 21 Jun 2019.


Pelaporan PBD Tahun 2 pada 18 Jun 2019

Tuesday, June 11, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

24 MEI 2019 - Hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama sesi persekolahan 2019. Bersempena Bulan Ramadan yang mulia, program Ihya Ramadhan telah berjaya dilaksanakan dan beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Kemuncak program ialah Majlis Khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid-murid yang telah melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.


Sebelum itu, satu program Ziarah Cakna telah dijalankan bersama PIBK dengan mengunjungi 4 keluarga serta menghulurkan sedikit sumbangan daripada warga SK LKTP Jengka 13 dengan kerjasama PIBK.



Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sumbangan sempena program Ihya Ramadhan 2019. Tahniah kepada segenap lapisan warga SK LKTP Jengka 13.


Monday, May 6, 2019

SAMBUTAN HARI GURU

3 MEI 2019 - Memandangkan akan hadirnya Ramadan pada minggu hadapan, maka JK Sambutan Hari Guru 2019 SK LKTP Jengka 13 telah memutuskan untuk diawalkan majlis berkenaan pada tahun ini.




Ringkas tetapi padat dan memaparkan kemeriahan sambutan yang melibatkan segenap lapisan masyarakat di Felda Jengka 13 ini.

Pada sebelah malam, satu perlawanan bowling telah berlangsung di Superbowl Jengka dengan melibatkan semua warga sekolah dan PIBK SK LKTP Jengka 13.

Sekalung tahniah daripada warga sekolah di atas sambutan yang diberi dan SELAMAT HARI GURU.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.