PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maksud dan Tujuan PIBG

1.  Maksud-maksud Persatuan ialah:

  • Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid sekolah ini.
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah ini dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran amnya
  • Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah ini berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya
2.  Tujuan-tujuan Persatuan ialah :

  • Untuk menentukan supaya murid di sekolah ini memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka
  • Untuk menentukan supaya muruid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka
  • Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, akhlak, otak dan jasmani 
3.  Kegiatan-kegiatan PIBG hendaklah diarahkan kesemuanya kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid di SK LKTP Jengka 13

4.  PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajran dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan di sekolah ini

5.  PIBG tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan di antara persatuan dan guru besar atau kakitangan sekolah ini.

No comments:

Post a Comment