Tuesday, March 21, 2023

21 MAC 2023 - Hari Kedua

21 MAC 2023 - SK FELDA JENGKA 13 meneruskan Program Minggu Pertama berpandukan cadangan KPM.






 Hari kedua dimulai dengan kehadiran PPS dari Balai Polis Bandar Jengka. 


Ucapan telah disampaikan oleh PPS dan program diteruskan dengan senamrobik. Seterusnya diikuti dengan program-program yang telah dirancang sepanjang minggu pertama sesi persekolahan ini.

Alhamdulillah, semua murid bersemangat hadir dan mengikuti aktiviti

KEMBALI KE SEKOLAH

 20 MAC 2023 (ISNIN) - Setelah sebulan bercuti Penggal Ketiga Sesi Akademik 2022/2023, pada hari ini sekolah beroperasi kembali dengan menerima wajah-wajah caria dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan komuniti.










Program hari ini dimulai dengan Senamrobik diikuti Pengenalan Diri Guru, AKP dan semua Staf. Selepas rehat murid berada di kelas masing-masing untuk mengikuti program seterusnya sebelum satu Mesyuarat Agong Kelab dan Persatuan dilaksanakan pada pukul 1.05 tengah hari sebelum murid-murid pulang ke kediaman masing-masing.

Pada hari ini juga, sekolah telah dikunjungi oleh Puan Hasrina binti Mohd Noor Pegawai PPD Maran.

Selamat kembali ke sekolah dan bermulalah Sesi Akademik 2023/2024.