Sunday, September 13, 2020

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Sekalung penghargaan dihulurkan kepada Puan Nurulhidayah binti Abdul Wahab, Guru Pemulihan sekolah ini yang telah menerima keputusan pertukaran beliau ke SK Paya Luas Kuala Krau.


Seluruh warga SK LKTP Jengka 13, merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala sumbangan ilmu, idea, masa dan titik peluh serta sokongan cikgu bersama kami sepanjang bertugas di sini.

 


Yang patah mungkin akan tumbuh, namun yang tumbuh tetap tidak sama walaupun sebagai pengganti. 

Sesungguhnya September ini sememangnya telah mengukir catatan buat kita, selain pertukaran Cikgu Nurulhidayah, kita turut menerima Cik Nur Anith sebagai Guru Ganti kepada Puan Nornazifa yang telah selamat melahirkan cahaya mata pada 31 Ogos 2020 yang lalu.


 

 Tahniah dan terima kasih semua.

Monday, February 10, 2020

KEMBALI KE SEKOLAH

30 Disember 2019, bermula Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi Persekolahan 2020.

Maka bermulalah persediaan dan persiapan untuk persekolahan 2020. Diikuti dengan kehadiran murid dan penjaga pada 31 Disember 2019 untuk sesi pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah.

Belum bermula persekolahan , berbagai keletah murid dapat dilihat dan semoga 2020 membuahkan kejayaan untuk SK LKTP Jengka 13.