INFO SKJ13

1
NAMA SEKOLAH
SK LKTP JENGKA 13
2
ALAMAT
26420 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA,
MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
3
KOD SEKOLAH
CBA 9132
4
NOMBOR TELEFON
09 4862393
5
NOMBOR FAX
09 4861958
6
ALAMAT EMEL
Cba9132.skj13@gmail.com
7
GRED SEKOLAH
A
8
MURID
BERCAMPUR
9
SIDANG
PAGI
10
LOKASI
LUAR BANDAR
11
GURU BESAR
EN. AZEMI BIN SAGIR
12
GPK 1
EN. ZAHID BIN BAKAR
13
GPK HEM
EN. RAMLI BIN SAMAD
14
GPK KOKURIKULUM
EN. MOHD JUNAL BIN SEMAN


LELAKI
PEREMPUAN
15
BILANGAN GURU
11
7
16
STAF SOKONGAN
1
2
17
PEKERJA SWASTA
4
5


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.


LENCANA

Setiap sekolah mempunyai Lencana yang membawa perlambangan dan identitinya yang tersendiri. Sesebuah sekolah sudah pasti mempunyai lencananya yang tersendiri. Lencana sekolah sememangnya begitu bermakna dan penting kerana lencana melambangkan identiti serta pengenalan setiap warga sekolahnya.

Pengertian Lencana sekolah.

OBOR : Semangat yang menyala berterusan untuk terus berjaya.
BUKU : Lambang pendidikan yang sentiasa wujud dan terbuka untuk dituntut.

BOLA : Melambangkan semangat kesukanan yang sentiasa dipupuk dan mementingkan kegiatan kokurikulum.

GADING : Kekuatan , lambang Negeri Pahang.

POKOK SAWIT : Melambangkan kawasan persekitaran FELDA, ekonomi utama berasaskan pertanian.

WARNA HIJAU : Melambangkan pendidikan seimbang duniawi dan akhirat.

Pengertian cogan kata.

Cogan kata "USAHA MAJU JAYA"

USAHA : Berusaha untuk mendapatkan ilmu.

MAJU : Maju terus ke hadapan .

JAYA : Kejayaan adalah milik sesiapa yang berusaha.

Moto sekolah

Moto SK LKTP Jengka 13 diwujudkan bagi menanam rasa cinta dan menyayangi sekolah dikalangan murid-murid , seterusnya meniupkan semangat daya juang dikalangan mereka. Motto sekolah adalah seperti berikut:

SETIAP ORANG BOLEH BERJAYA ”, “ EVERYONE CAN SUCCEED


LAGU SEKOLAH

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta kepada sekolah, lagu sekolah telah dicipta dan memancarkan suara menjadi siulan hati warga SK LKTP Jengka 13. Bait-bait lagu sekolah ialah seperti berikut :


Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 13
Tingkat berusaha ke puncak jaya
Mencapai hasrat gemilang
Berakhlak mulia
Lahirkan pemimpin masa depan
Demi Agama bangsa dan Negara
Dunia akhirat dijulang
 

Kami penyambung wawasan Negara
Kami putra putri kan berjasa
Baktimu guru kami sanjungi
Budimu azimat di hati
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 13
Di sinilah bermulanya
Langkahku maju ke hadapan


Link Melodi Lagu Sekolah
https://drive.google.com/file/d/1RbAzBNYAG2yIRVmzR-LvHIQOhpUSttM5/view?usp=drive_link

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SK LKTP Jengka 13 merupakan sekolah Gred A, kategori luar bandar. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1977 dengan kod pendaftaran CBA9132. 

SK LKTP Jengka 13 terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Sekolah ini  mempunyai satu sesi pembelajaran sahaja iaitu sesi pagi. 

Sekolah ini boleh dihubungi menerusi jalan darat sama ada dari Bandar Jengka, Jerentut, Temerloh dan Kuala Krau serta boleh dibungi menerusi telefon ( 09-4862393), fax ( 09-4861958) dan e-mel ( cba9132.skj13@gmail.com ) atau ( CBA9132@moe.edu.my ). 

Guru Besar yang berkhidmat menerajui sekolah ini sekarang ialah En. Azemi bin Sagir.
 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 13 telah ditubuhkan pada tahun 1977. Pada awalnya hanya terdapat tiga bangunan iaitu Blok A untuk pentadbiran , dewan dan perpustakaan. Blok B dan Blok C mengandungi 6 kelas untuk menampung 200 orang murid sulung sekolah ini.

En. Nawawi bin Sulaiman merupakan Guru Besar pertama yang mentadbir sekolah ini. Sebuah bangunan baru ( Blok D) telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk Felda Jengka 13 bagi menampung pertambahan murid pada tahun 1985. Bilangan murid yang semakin bertambah dari semasa ke semasa dan pertambahan ini semakin meningkat sehingga pada tahun 1992. Pada tahun 1992 sebuah lagi bangunan ( Blok E) dibina bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat hampir 600 orang dan jumlah guru pada ketika itu adalah seramai 30 orang.

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah. Dasar ini telah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Sehubungan dengan itu, dalam tahun 2006 bangunan prasekolah telah dibina di SK LKTP Jengka 13 bagi menempatkan murid-murid pra sekolah seawal umur 5 tahun untuk membolehkan mereka mengikuti proses pembelajaran. Prasekolah SK LKTP Jengka 13 mula beroperasi pada tahun 2007.

Selaras dengan kepesatan arus pendidikan ICT , murid-murid di SK LKTP Jengka 13 turut menerima bangunan khas Makmal Komputer yang telah dibina pada tahun 2001.Selain itu pelbagai kemudahan bagi pembangunan sukan seperti gelanggang badminton turut dinaiktaraf.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, sekolah ini telah diberi peruntukan untuk membina sebuah bangunan tiga tingkat. Bangunan ini memperuntukkan pejabat pentadbiran serta bilik-bilik khas untuk Guru Besar dan guru-guru penolong kanan, sebuah bilik guru, pejabat, bilik JQAF dan bilik darjah.

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah itu bermula dari kehebatan seorang Guru Besar. Ini kerana Guru Besar merupakan orang yang terpenting dalam mencorakkan pencapaian cemerlang sekolah melalui ktrampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya. Senarai guru-guru besar yang telah menabur bakti di sekolah ini sebagai seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab memastikan perjalanan sekolah berada di landasan yang betul.

Senarai nama Guru besar SK LKTP Jengka 13.
1. En.Nawawi bin Sulaiman - 1977
2. En. Shahidan bin Taib - 1981
3. En. Zakaria bin Utih - 1987
4. En. Mohd Chik bin Abdullah - 1992
5. En. Umar bin Hj Tan Taib - 1992
6. Pn. Zaiton binti Sidin - 1994
7. En. Mat Hassan bin Salleh - 2004
8. Pn. Hjh Norkamsiah binti Abd Wahab - 2013
9. En. Alias bin Huri - 2017
10. En Azemi bin Sagir - 2018

No comments:

Post a Comment