Sunday, June 13, 2021

PdPR KEMBALI

PdPR Disambung: KPM Umum PdPR 25 Hari Mulai 13 Jun 2021 

13 JUN 2021 - KPM telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bermula 14 Jun 2021 hingga 17 Julai 2021 adalah dalam bentuk Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Sehubungan itu, SK Felda Jengka 13 telah bersiap dengan jadual baharu PdPR ini berikutan beberapa orang guru telah bertukar mata pelajaran dan tanggungjawab.

 Untuk makluman, Cikgu Yaacob Mohamed Tahir kini akan memegang jawatan sebagai Guru Kelas 3 Gemilang, manakala Cik Norazila Abdul Rahim menggantikan Cikgu Zubaidah sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Cikgu Zubaidah pula menggantikan Cikgu Yaacob sebagai Guru Pemulihan.

Semua warga sekolah diminta sentiasa bersedia dengan jadual baharu yang telah diedarkan melalui aplikasi Whatsapp menerusi group rasmi kelas masing-masing.

Selamat kembali mengikuti PdPR dan belajarlah bersungguh-sungguh ke arah kemenjadian murid sekolah ini. .