Friday, July 14, 2023

SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT BARU

 14 JULAI 2023 - Ustaz Mohd Azlan bin Abdullah meninggalkan seribu kenangan di SK Felda Jengka 13 kerana pada hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas di sini.

Ustaz Azlan bertukar ke SK Felda Jengka 7 sebagai PK Kokurikulum berkuat kuasa 16 Jun 2023, namun atas urusan yang perlu diselesaikan beliau memilih hari ini sebagai hari terakhir di sekolah ini.

Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Bertugas Di Tempat Baru.








Wednesday, July 12, 2023

MSSZ JENGKA BOLA SEPAK

 10 - 12 JULAI 2023, SK FELDA JENGKA 10 telah dilantik sebagai Tuan Rumah Pertandingan Bola Sepak MSSZ Jengka.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 





SK FELDA JENGKA 16 telah dikalungkan johan bagi tahun ini dengan diikuti SK FELDA JENGKA 12. Tempat ketiga diduduki oleh SK FELDA JENGKA 13, manakala SK BANDAR PUSAT MEMEGANG TEMPAT KE-4.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi MGB Jengka.




Tuesday, July 4, 2023

BUDI ABADI SELAUT RIMBUNAN BAKTI

 27 JUN 2023 - Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SK Felda Jengka 13, En. Azemi bin Sagir telah dilaksanakan dengan jaya dan gilang gemilang.

Majlis yang dihadiri lebih 100 tetamu jemputan termasuk Timbalan PPD Maran telah menjadi satu kenangan manis buat Cikgu Azemi.








Dalam pada itu, seluruh jentera program ini telah menerima satu pengalaman baru dalam mengurus satu majlis besar dengan jemputan yang ramai.

Segenap lapisan warga SK Felda Jengka 13 mengucapkan Selamat Bersara, Semoga Sentiasa Dalam Sihat Sejahtera dan Dimurahkan Rezeki.

Selamat Bersara Cikgu.