Tuesday, January 1, 2019

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

1 JANUARI 2019 - Pada sesi persekolahan 2019 ini, wajah ceria Ustazah Che Saerah dan Puan Zuraidah memang tidak akan kelihatan di SK LKTP Jengka 13.

Ustazah Che Saerah yang merupakan guru Bahasa Arab di sekolah ini telah bertukar ke SK LKTP Jengka 19, manakala Puan Zuraidah telah bertukar ke SK Tanjung Perang. Pertukaran mereka adalah atas keperlean perkhidmatan dan telah diganti dengan tiga orang guru perempuan iaitu Ustazah Rosniza yang menggantikan Ustazah Che Saerah, Puan Zurain Fadira  yang menggantikan Encik Mohd Azrai selaku guru Bahasa Inggeris dan Cik Latifah menggantikan Puan Zuraidah sebagai guru Bahasa Melayu.
Ustazah Che Saerah
Puan Zuraidah
Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan selamat bertukar kepada Ustazah Che saerah dan Puan Zuraidah serta Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK LKTP Jengka 13 kepada Puan Rosniza, Puan Zurain dan Cik Latifah.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

1 JANUARI 2019 - Sesi Persekolahan 2019 akan dibuka pada 2 Januari 2019. Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mengucapkan selamat datang kepada murid-murid yang baru melangkah ke alam persekolahan, selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan staf sokongan yang memperlihatkan semangat dan azam baru di tahun baru ini.

Untuk makluman, Sesi Persekolahan 2019 SK LKTP Jengka 13 akan bermula pada jam 7.30 pagi dengan murid berkumpul di tapak perhimpuan atau dewan. Kemudian pada jam 7.45 pagi sesi pembelajaran (PdPc) mula dijalankan sehingga waktu rehat jam 10.15 pagi hingga 10.40 pagi. Manakala waktu pulang bagi Tahap 1 dan 2 ada sedikit perbezaan iaitu Tahap satu akan pulang jam 1.10 tengah hari pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, jam 12.40 tengah hari pada hari Rabu.

Waktu pulang bagi Tahap 2 pula ialah pada jam 1.40 tengah hari dari Isnin hingga Khamis. Pada hari Jumaat waktu pulang ialah jam 12.10 tengah hari.

Adalah menjadi harapan agar jadual hadir dan pulang ini dapat membantu ibu bapa dan penjaga murid dalam melancarkan kesediaan murid untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.

Selamat Kembali Ke Sekolah.