Wednesday, November 13, 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019

7 - 9 NOVEMBER 2019 - Unit Kokurikulum dengan pembabitan badan-badan unit beruniform SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan program perkhemahan yang bagaikan satu kemestian pada setiap penghujung tahun di sekolah ini.

Sebagai murid yang sedang membesar, pendedahan ilmu ikhtiar hidup dan bermasyarakat sangat membantu dalam membina dan membentuk sahsiah murid yang cekal serta tabah menghadapi sebarang cabaran.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti, Ujian Berhalangan, Ujian Simpulan dan Ikatan, Ujian Memasak, Pertandingan Kebudayaan dan Pertandingan Kawat Kaki telah meletakkan murid sekolah ini sentiasa dalam keadaan bersemangat dan bersedia.




Tahniah, Unit Kokurikulum.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

KESELAMATAN KEBAKARAN

7 NOVEMBER 2019 - 4 buah jentera bomba dari Jengka telah diundang khas untuk melengkapkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid bagi tahun 2019 ini.

Semua murid SK LKTP Jengka 13 telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Pelbagai pendedahan mengenai punca kebakaran dan kaedah menghadapinya telah diperturunkan oleh pegawai yang bertugas.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan program ini telah mendedahkan kefahaman dan minat murid-murid dengan ilmu kebombaan.

Tahniah.