Thursday, November 29, 2018

TAHNIAH UPSR 2018

29 NOVEMBER 2018 - Tahniah kepada semua calon UPSR 2018 yang telah menerima keputusan pada tarikh ini.

Encik Abdullah Sani Abu Hanipah, Penyelia PPD Maran telah hadir memantau perjalanan pengagihan keputusan UPSR tersebut yang disampaikan oleh Encik Azemi Sagir, Guru Besar SK LKTP Jengka 13.


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membina murid-murid sekolah ini bersedia menerima menerima sebarang keputusan dengan tenang dan bersyukur.


Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Friday, November 23, 2018

MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6

23 NOVEMBER 2018 - Satu lagi catatan sejarah terukir diingatan murid-murid Tahun 6 sekolah ini apabila mereka diraikan dalam Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 yang berlangsung dengan meriah di dewan SK LKTP Jengka 13.




Cikgu Azrai yang kini merupakan GPK Kokurikulum SK LKTP Jengka 10, sanggup melapangkan diri untuk hadir memeriahkan majlis ini dan meraikan murid-murid sebagai juruacara majlis. Banyak kenangan manis beliau bersama murid-murid dan turut diraikan ialah isteri beliau Puan Ramziah yang menerima kejutan dengan sambutan hari lahir pada hari ini.

Tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana komitmen yang sungguh jitu dalam menjaya program yang dirancang.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2018

22 NOVEMBER 2018 - Telah menjadi tradisi sekolah ini untuk meraikan kecemerlangan pelajar sekolah dalam keterlibatan serta pencapaian pelajar sepanjang tahun 2018.

Sesungguhnya majlis yang gilang gemilang dan meriah ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jengka.




Dalam pada itu, penglibatan ibu bapa dan penjaga menerusi PIBG dan PIBK serta PEWARIS sangat membanggakan.

Tahniah kepada semua murid, tahniah juga kepada para guru yang tidak mengenal penat lelah dalam melahirkan anak bangsa yang membanggakan serta mampu bersaing dengan sesiapa sahaja.

Tahniah!

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Friday, November 16, 2018

TAKLIMAT PROGRAM JAYA UPSR 2019

16 NOVEMBER 2018 - Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 5 yang akan menduduki UPSR pada tahun depan telah diundang menghadiri Taklimat Program Jaya UPSR 2019.

Puan Ramziah selaku Guru Penyelaras Program Kecemerlangan UPSR 2019 mengagihkan keputusan Pentaksiran Akhir Tahun bagi Tahun 5 sebagai Nilai Mula (TOV) Calon UPSR 2019 dan menjadi bahan diskusi dalam program ini.

Segala kekuatan, kelemahan dan kekangan dalam kalangan murid-murid menjadi kayu ukur ke arah membina beberapa ketetapan dan persetujuan untuk dilaksanakan dalam Program Jaya UPSR 2019 kelak.

Semoga ini menjadi permulaan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dalam aspek kurikulum, terutama UPSR SK LKTP Jengka 13.

FORUM MAULIDUR RASUL

16 NOVEMBER 2018 - Panitia Pendidikan Islam sekali lagi telah berjaya melaksanakan program yang begitu bermanfaat kepada para pelajar sekolah ini.




Majlis ini berlangsung pada jam 10.00 pagi dengan melibatkan semua murid dalam memupuk kecintaan kepada Nabi Muhammad sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada pagi ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

TAKLIMAT MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH

16 NOVEMBER 2018 - Semua murid Tahun 6 telah menghadiri Taklimat Melangkah Ke Sekolah Menengah yang telah disampaikan oleh seorang tetamu jemputan dari SMK Jengka 12.

Beliau telah menanam berbagai pesanan dan peringatan sebagai persediaan untuk murid-murid Tahun 6 bersedia memasuki alam persekolahan sekolah menengah.




Terima kasih kepada penceramah yang diundang dan jadikanlah panduan kepada para pelajar yang akan melangkah ke sekolah menengah pada awal tahun depan.

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING

16 NOVEMBER 2018 - Hari ini Pasukan Bola Jaring sekolah telah menyertai Program Pembangunan Bola Jaring MSSD Maran yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Majlis Daerah Maran.




Tahniah, kepada jurulatih dan peserta di atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan walaupun hanya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sahaja.

Majulah sukan untuk sekolah kita.

Thursday, November 15, 2018

JAMUAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PRASEKOLAH

15 NOVEMBER 2018 - Prasekolah SK LKTP Jengka 13 telah mencatat peristiwa tersendiri dengan aktiviti yang menjadi kesinambangan sekian tahun dilaksanakan iaitu Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir murid-murid prasekolah yang lahir pada bulan September hingga Disember.




Tahniah di atas program yang dilaksanakan dengan begitu meriah dan berlangsung dengan lancar serta mempamerkan kekuatan di samping ketulusan PEWARIS yang menjadi antara penggerak Prasekolah SK LKTP Jengka 13.

Sekali lagi tahniah.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

15 NOVEMBER 2018 - Karnival Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengukir satu peristiwa bersejarah pada hari ini di SK LKTP Jengka 13.


Sepanjang karnival berlangsung, beberapa program telah diketengahkan termasuk program bercerita, hafazan dan tilawah al Quran. Tahniah dan bersyukur segala perancangan berlangsung dengan lancar dan mencapai matlamat program. 

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Wednesday, November 14, 2018

PEMANTAPAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

14 NOVEMBER 2018 - Menerusi Program Satu Murid Satu Sukan, satu program pemantapan Pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring SK LKTP Jengka 13 telah dilaksanakan dengan jayanya dalam bentuk Pertandingan Liga Bola Sepak dan Bola Jaring.

Program yang berlangsung dari awal pagi telah disertai oleh 6 pasukan bola sepak dan 6 pasukan bola jaring dengan penglibatan sebahagian besar murid.





Program ini turut dijayakan dengan penglibatan komuniti setempat yang merupakan jurulatih dan pengadil pertandingan ini.

Sebelum pertandingan berlangsung, satu senamrobik telah berlangsung di bawah pengendalian PIBK.

Tahniah dan terima kasih semua.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

ANUGERAH RAMBU

31 OKTOBER 2018 - Tujuh orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK) SK LKTP Jengka 13 telah berjaya dikalungkan pencapaian tertinggi PKK Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Penganugerahan Rambu dalam Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak dan Penganugerahan Lencana Pengakap Raja Peringkat Negeri Pahang 2018 yang telah berlangsung di BTPN Pahang.





Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima, pemimpin dan jurulatih yang bertungkus lumus membimbing PKK sekolah ini sehingga berjaya.

BUAT HABIS BAIK

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Saturday, October 20, 2018

DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

19 OKTOBER 2018 - Unit Hal Ehwal Murid telah menjayakan Program DWEN 2018 di dua buah rumah warga emas dalam Felda Jengka 13 ini.



Program ini turut disertai Ketua Kampung, Wakil Felda dan AJK PIBG. Tahniah.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Saturday, October 13, 2018

HARI SUKAN NEGARA

13 OKTOBER 2018 - SK LKTP Jengka 13 tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara pada hari ini.



Pada awal pagi, semua murid dan warga sekolah telah menjayakan program senamrobik di bawah bimbingan jururawat desa yang diundang khas. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan berjalan kaki dalam program 1000 langkah.


Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

12 - 13 OKTOBER 2018 - Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Unit Kokurikulum tidak melepas peluang untuk menjayakan program yang bagaikan mesti diadakan pada setiap tahun iaitu Perkhemahan Unit Beruniform.

Pada kali ini, program bermula dari 8 Oktober lagi, dimulai dengan berbagai persiapan dan latihan oleh unit masing-masing.

Program yang melibatkan semua murid Tahap 2 telah disertai oleh 101 orang murid dan pelbagai aktiviti telah dijalankan.


Sambutan ibu bapa dapat dilihat dengan kehadiran mereka dalam memeriahkan Program Malam Kebudayaan yang dimeriahkan dengan persembahan oleh 7 kumpulan yang sememangnya sangat berbakat.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

KHIDMAT BANTU ICT

8 - 9 OKTOBER 2018 - SK LKTP Jengka 13 menerima kunjungan Juruteknik Komputer di bawah kendalian PKG Bandar Jengka dalam program Khidmat Bantu ICT.

Seramai 6 orang pegawai juruteknik berkenaan telah bertugas selama 2 hari memastikan ke semua 21 buah komputer di Makmal Komputer SK LKTP Jengka 13 dapat berfungsi secara maksimum dalam memastikan bahan bantu pendidikan bersumberkan pendidikan digital dapat mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar sekolah ini.

Terima kasih di atas khidmat bantu yang dihulurkan.

RESTU ILMU

20 SEPTEMBER 2018 - Selamat menghadapi UPSR kepada semua murid Tahun 6 yang berlangsung pada 24 hingga 27 September 2018.

Berikutan itu, satu Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan pada 20 September 2018 dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Maran sebagai Perasmi program. Majlis telah dimulai dengan Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin, Ucapan Tuan Pengurus Felda Jengka 13, Ucapan NYDP PIBG seterusan Januan Ringan.

Pada pukul 10.00 pagi majlis diteruskan dengan Ucapan Tuan Guru Besar, Ucapan Ketua PPD Maran, Persembahan Multimedia, Mohon Restu Guru oleh wakil ibu bapa, Restu Ilmu oleh wakil guru dan diakhiri dengan Ikrar Murid.

Seluruh warga SK LKTP Jengka 13 mendoakan kejayaan kalian.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi aktiviti ini.

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

18 SEPTEMBER 2018 - Sambutan Bulan Kebangsaaan 2018, SK LKTP Jengka 13 telah ditutup dengan rasminya.


Sepanjang bulan ini, berbagai aktiviti telah dilaksanakan dan berjaya mendedahkan semangat patriotik cintakan negara.


Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Saturday, October 6, 2018

MAJLIS PERPISAHAN

5 OKTOBER 2018 - Sir Mohd Azrai bin Abu Hanapiah merupakan seorang guru yang tidak asing lagi di SK LKTP Jengka 13. Beliau juga seorang guru yang aktif dengan pembabitan di peringkat Kelompok Jengka dan Daerah Maran dalam pelbagai bidang terutamanya dalam aktiviti kokurikulum.


Pada 1 September yang lalu beliau dengan rasminya telah bertukar ke SK LKTP Jengka 10 sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seluruh warga sekolah ini terasa satu kehilangan yang besar dengan perginya Sir Azrai.

Sesungguhnya perpisahan ini merupakan satu peningkatan kerjaya buat Sir Azrai membuatkan  pemergian itu tidak dapat dihalang.


Maka majlis perpisahan ini telah diadakan dengan beberapa program yang kelihatan ringkas dan bersahaja tetapi sungguh menyentuh hati dan perasaan.

Selamat bertugas di tempat baru.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti ini.

Sunday, September 30, 2018

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SK LKTP JENGKA 13 kini dalam proses pembinaan blog baru sebagai menyediakan satu ruang berinteraksi dan penyebaran maklumat.

Segala pandangan dan teguran positif sangan dialu-alukan.