Friday, March 24, 2023

IHYA’ RAMADAN

 24 MAC 2023 - Penutup minggu pertama sesi akademik 2023/2024 dimulai dengan Bacaan Surah Yassin dan tahlil diikuti ceramah Ramadan oleh Ustaz Azharruddin.

Seterusnya disusuli pelancaran Ihya’ Ramadan yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Azemi Sagir.




Tahniah, kepada semua guru, kakitangan dan pekerja di SK Felda Jengka 13 ini yang telah menjayakan dengan cemerlang semua program yang dirancang sepanjang minggu ini.

Thursday, March 23, 2023

IKRAR MURID

 23 MAC 2023 - Semua murid SK FELDA JENGKA 13, pada hari telah berikrar mematuhi segala peraturan sekolah.




Sebelum itu, Tuan Guru Besar telah melancarkan Kempen Antibuli Peringkat Sekolah.


Semoga hasrat KPM dengan slogan ABC (Anak Baik dan Cerdia) akan terserlah pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang di samping mengharumkan nama sekolah.

Wednesday, March 22, 2023

HARI KETIGA

 22 MAC 2023 - Program minggu pertama diteruskan dengan pelbagai program sebagaimana dirancang.

Pada hari ini, sebelah pagi diadakan gotong-royong dalam menanam sikap suka rela dan kemasyarakatan dalam kalangan murid.



Taklimat ringkas telah diadakan dan program yang dirancang berjaya menepati objektif.




Tuesday, March 21, 2023

21 MAC 2023 - Hari Kedua

21 MAC 2023 - SK FELDA JENGKA 13 meneruskan Program Minggu Pertama berpandukan cadangan KPM.






 Hari kedua dimulai dengan kehadiran PPS dari Balai Polis Bandar Jengka. 


Ucapan telah disampaikan oleh PPS dan program diteruskan dengan senamrobik. Seterusnya diikuti dengan program-program yang telah dirancang sepanjang minggu pertama sesi persekolahan ini.

Alhamdulillah, semua murid bersemangat hadir dan mengikuti aktiviti

KEMBALI KE SEKOLAH

 20 MAC 2023 (ISNIN) - Setelah sebulan bercuti Penggal Ketiga Sesi Akademik 2022/2023, pada hari ini sekolah beroperasi kembali dengan menerima wajah-wajah caria dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan komuniti.










Program hari ini dimulai dengan Senamrobik diikuti Pengenalan Diri Guru, AKP dan semua Staf. Selepas rehat murid berada di kelas masing-masing untuk mengikuti program seterusnya sebelum satu Mesyuarat Agong Kelab dan Persatuan dilaksanakan pada pukul 1.05 tengah hari sebelum murid-murid pulang ke kediaman masing-masing.

Pada hari ini juga, sekolah telah dikunjungi oleh Puan Hasrina binti Mohd Noor Pegawai PPD Maran.

Selamat kembali ke sekolah dan bermulalah Sesi Akademik 2023/2024.