Monday, August 14, 2023

BULAN KEBANGSAAN 2023

 14 OGOS 2023 - Bulan Kebangsaan 2023 peringkat sekolah telah dilancarkan dengan rasminya pada hari ini.


Pn. Rosni dalam Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan ini mengingatkan murid-murid agar menghayati dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati kini. Jangan biarkan negara dan minda dijajah kembali.



Sebagai gimik perasmian, Pn. Rosni telah melepaskan sepasang burung merpati tanda kebebasan dan kemerdekaan sempena Bulan Kebangsaan 2023.



SELAMAT DATANG GB

 3 Julai 2023, merupakan tarikh rasmi Pn. Rosni binti Ismmail menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini.

Seluruh warga SK Felda Jengka 13, mengalu-alukan kehadiran Pn. Guru Besar dan mendoakan agar kecemerlangan demi kecemerlang dalam pelbagai bidang dilakar sepanjang Pn. Rosni bertugas di sini.

Selamat datang dan selamat bertugas.