Sunday, September 13, 2020

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Sekalung penghargaan dihulurkan kepada Puan Nurulhidayah binti Abdul Wahab, Guru Pemulihan sekolah ini yang telah menerima keputusan pertukaran beliau ke SK Paya Luas Kuala Krau.


Seluruh warga SK LKTP Jengka 13, merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala sumbangan ilmu, idea, masa dan titik peluh serta sokongan cikgu bersama kami sepanjang bertugas di sini.

 


Yang patah mungkin akan tumbuh, namun yang tumbuh tetap tidak sama walaupun sebagai pengganti. 

Sesungguhnya September ini sememangnya telah mengukir catatan buat kita, selain pertukaran Cikgu Nurulhidayah, kita turut menerima Cik Nur Anith sebagai Guru Ganti kepada Puan Nornazifa yang telah selamat melahirkan cahaya mata pada 31 Ogos 2020 yang lalu.


 

 Tahniah dan terima kasih semua.