Monday, April 8, 2019

GOTONG-ROYONG PIBG

6 APRIL 2019 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Jengka 13 telah menjayakan satu gotong-royong membersih dan menanam kelapa sawit sebagai satu usaha menambah dana PIBG.



Tahniah, semoga usaha murni membuahkan keberkatan.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

BENGKEL BAHASA MELAYU

6 APRIL 2019 - Unit Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Bengkel Bahasa Melayu Penulis.

Puan Hasrina Mohd Noor seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah diundang untuk menjayakan bengkel berkenaan.



Adalah menjadi harapan segenap warga SK LKTP Jengka 13 semoga UPSR 2019 ini akan mencatat sejarah tersendiri yang mampu mengharumkan nama sekolah.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

DIALOG PRESTASI

5 APRIL 2019 - Satu Program Dialog Prestasi melibatkan semua murid Tahun 6 telah dilaksanakan. Dapatan daripada Pentaksiran P1 telah dijadikan asas perbincangan dalam program berkenaan.





Diharapkan menerusi program sebegini dapat membantu ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 mengenal pasti kekuatan dan kekurangan anak masing-masing yang seterusnya berupaya membantu peningkatan pencapaian mereka.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

PESTA BUKU

2 MAC 2019 - 40 orang murid dengan diiringi oleh 4 orang guru telah ke PWTC untuk menyertai Pesta Buku Kuala Lumpur 2019.

Pengalaman baru telah ditimba dalam kalangan murid berikutan suasana PWTC yang penuh sesak dengan pelbagai syarikat penerbitan buku mempamer dan menawarkan harga yang sangat menarik di samping bilangan pengunjung yang tidak terbilang banyaknya,



Lawatan tersebut turut disertai oleh sebuah bas dari SK LKTP Jengka 10, mantan Guru Besar SK LKTP Jengka 13, En Alias Huri turut serta dalam rombongan tersebut.

Dalam jam 2.00 petang kami telah berada di Pusat Sains Negara pula.

Biarpun penat tetapi banyak ilmu diperolehi.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.


BENGKEL MATEMATIK

18 MAC 2019 - SK LKTP Jengka 13 telah mengyertai Bengkel Matematik anjuran MGB Jengka di UiTM Jengka.

Pendedahan teknik dan pelbagai pendekatan dalam memastikan matematik dapat dikuasai, mudah dan seronok telah disampaikan oleh pemudahcara khas program dengan dibantu oleh pelajar Matematik UiTM.




Tahniah dan semoga membuahkan kecemerlangan.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

KARNIVAL SEGAK

14 MAC 2019 - Karnival Segak telah disempurnakan dengan pelbagai aktiviti.

Pada awal pagi, senamrobik telah dipimpin oleh jururawat desa dan pasukannya dengan melibatkan semua murid sekolah ini.






Berbagai aktiviti telah berlangsung dan program ditutup dengan ceramah pemakanan oleh Pegawai Pemakanan Pusat Kesihatan Daerah Jerantut.

Terima kasih.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.