29 APRIL 2021 - Kerajaan telah memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini.
Keratan akhbar yang memaparkan UPSR MANSUH menjadi tajuk utama akhbar ini. Namun perlu diingat bahawa PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) sebenarnya sedang memainkan peranan utama sejak diperkenalkan bagi mengganti UPSR. Manakala pemilihan calon ke sekolah tertentu seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, dan seumpamanya akan dibuat melalui satu pemilihan berdasarkan PST6, Ujian Psikometrik, PJASK, SEGAK dan Pentaksiran tertentu yang disediakan untuk kemasukan pelajar Tingkatan Satu termasuk UPKK bagi pelajar yang memilih aliran agama.
Oleh itu, pastikanlah pembelajaran bermakna sentiasa berlaku, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa disamping mempamerkan sahsiah, akhlak mulia, dan kepemimpinan murid agar kemenjadian murid tertampil di sekolah kita.
Dalam pada itu keterlibatan ibu bapa, alumni, komuniti dan agensi setempat sangat dialu-alukan dalam menghasilkan generasi berilmu, berketrampilan dalam pelbagai bidang demi masa depan generasi kita.
No comments:
Post a Comment